Utusan Borneo (Sarawak)

PUSAKA jalin kerjasama bangunkan loji kayu tereka bentuk di Sarawak

-

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyaksika­n majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan Woodsfield Glulam Manufactur­ing Sdn Bhd dan Tilling Timber Pte. Ltd di Melbourne, Australia, semalam.

MoU itu bagi membolehka­n kajian kebolehlak­sanaan pelaburan usaha sama dilakukan untuk membangunk­an loji kayu tereka bentuk di Sarawak menggunaka­n balak dari hutan yang ditanam.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarka­n pejabat Awang Tengah, MoU itu merupakan manifestas­i Sarawak yang komited melaksanak­an pelan transforma­si bagi mempromosi­kan produk-produk nilai tambah tinggi daripada bahan-bahan dari hutan yang ditanam.

Ia juga katanya, seiiring dengan Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030 yang bermatlama­t menjana kemakmuran­a ekonomi,keterangku­mansosial dan kelestaria­n alam sekitar.

Hadir mewakili PUSAKA menandatan­gani MoU itu ialah Pengurus Besarnya Datu Hashim Bojet manakala Woodsfield Glulam Manufactur­ing SdnBhddiwa­kili Pengarah Urusannya Eddie Ling Lee Tee dan Pengarah Urusan Tilling Timber Glenn Tilling.

“Cadangan projek itu akan menarik pelaburan sekitar RM120 jut adan diramal menjana pendapatan tahunan R M 78 juta.

“Menerusi kolaborati­f dan pelaburan ini, PUSAKA akan mempromosi­kan penggunaan kayu tereka bentuk dalam pembinaan rumah dan bangunan di Sarawak.

“Ini seiring dengan aspirasi Sarawak untuk memperkena­lkan pembanguna­n hijau, kelestaria­n alam sekitar dan penyimpana­n karbon,” katanya.

Tilling Timber akan bertanggun­gjawab membangun dan menjamin pasaran untuk produk-produk tereka bentuk manakalala Woodsfield bertanggun­gjawab bagi pemindahan teknologi pengeluara­n kayu direka bentuk berdasarka­n pengalaman pengeluara­n komersialn­ya.

PUSAKA pula berperanan memudahkan pelaburan serta perolehan keperluan bahanbahan, tambah kenyataan itu.

Hadir sama Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Australia Dato Roslan Tan Sri Abdul Rahman, Konsul Jeneral Melbourne Australia Marzita Marzuki, Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Pelaburan Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, Pengarah Unit Perancanga­nEkonomiSa­rawak Datu Abdullah Zaidel dan Pemangku Setiausaha Tetap Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan Sarawak Dzulkornai­n Masron.

 ?? ?? KERJASAMA: Awang Tengah (barisan belakang, lima kiri) merakam kenangan bersama Eddie (barisan hadapan, dua kiri), Hashim (barisan hadapan, tiga kiri) dan Glenn serta tetamu lain.
KERJASAMA: Awang Tengah (barisan belakang, lima kiri) merakam kenangan bersama Eddie (barisan hadapan, dua kiri), Hashim (barisan hadapan, tiga kiri) dan Glenn serta tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia