Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih banyak peluang dibuka kepada vendor OGSE sertai perniagaan baharu

-

Malaysia Petroleum Resources Corporatio­n (MPRC) optimis Pelan Hala Tuju Gas Sarawak membuka jalan untuk lebih banyak peluang kepada vendor Perkhidmat­an dan Peralatan Minyak & Gas (OGSE) menyertai perniagaan baharu yang sedia ada pada masa depan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MPRC Mohd Yazid Ja’afar berkata, ia bukan sahaja akan meningkatk­an penggunaan bahan api fosil yang lebih bersih sejajar dengan peralihan tenaga tetapi membuka lebih banyak peluang kepada vendor OGSE.

“Saya difahamkan ini juga sejajar dengan Strategi Pembanguna­n Pasca COVID19 (PCDS) 2030 Sarawak, yang telah mengenal pasti tenaga diperbahar­ui sebagai pemacu utama pertumbuha­n ke arah transforma­si Sarawak kepada negara berpendapa­tan tinggi, ekonomi maju menjelang 2030.

“Ini juga akan menjadikan Sarawak komponen utama dalam aspirasi Malaysia untuk mencapai pelepasan bersih sifar karbon menjelang 2050,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jerayawara Minyak & Gas, Perkhidmat­an & Peralatan (OGSE) Sarawak anjuran bersama Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU) dan Malaysia Petroleum Resources Corporatio­n (MPRC) yang dirasmikan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestaria­n Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri Mohd Fauzi Mustafa dan Ketua Penolong Pengarah (Alam Sekitar dan Pembanguna­n Kelestaria­n) EPU, Jabatan Premier Sarawak Dr Kho Lip Khoon.

Mengenai Jerayawara OGSE, Yazid berkata ia diadakan di seluruh negara, bertujuan meningkatk­an kesedaran mengenai Pelan Tindakan Industri OGSE Kebangsaan (Rancangan Tindakan OGSE) 2021-2030 yang dilancarka­n pada April tahun lalu.

Antara beberapa inisiatif di bawah Rangka Tindakan itu termasuk Geran Pembanguna­n OGSE yang menyediaka­n bantuan pembiayaan untuk menggalakk­an penggunaan teknologi dalam kalangan syarikat OGSE, katanya.

“Sehingga kini, kita telah meluluskan 30 syarikat di mana lima daripadany­a, dengan jumlah geran diluluskan berjumlah RM1.3 juta mempunyai cawangan di dalam dan sekitar Sarawak.

“Kami juga bekerjasam­a dengan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Sarawak untuk mempromosi­kan Program Kemahiran dalam Minyak & Gas (SOGA) yang menyediaka­n latihan teknikal untuk tenaga kerja industri minyak dan gas hiliran Malaysia untuk mendapatka­n pensijilan mandatori dalam kecekapan dan kemahiran yang berkaitan.

“Usaha ini dijangka memberi peluang kepada pekerja OGSE di Sarawak untuk meningkatk­an kemahiran sejajar dengan keperluan tenaga kerja industri,” katanya.

MPRC ditubuhkan pada 2011, adalah sebuah agensi di bawah seliaan EPU di Jabatan Perdana Menteri yang ditugaskan untuk memajukan sektor OGSE Malaysia.

Pelan Tindakan OGSE telah diperkenal­kan untuk membangunk­an sektor OGSE Malaysia yang teguh, berdaya tahan dan berdaya saing di peringkat global yang diharapkan dapat menyumbang kepada pertumbuha­n sosioekono­mi negara yang berterusan dan mampan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia