Utusan Borneo (Sarawak)

32 permohonan baharu Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang melibatkan RM522,988 dilulus: Fatimah

-

Sarawak sehingga 19 April tahun ini telah meluluskan 32 permohonan baharu Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BKPBP) melibatkan perbelanja­an sebanyak RM522,988.

Demikian kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah dalam satu kenyataan selepas mengadakan lawatan ke Unit Hemodialis­is, Jabatan Nefrologi Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, kelmarin.

“Bagaimanap­un, menurut statistik BKPBP, (Pesakit Pelanjutan dari 2020 dan 2021) sehingga 31 Mei seramai 98 orang melibatkan perbelanja­an RM2,191,1436,” katanya.

BKPBP jelasnya merupa- kan inisiatif Kerajaan Sarawak untuk membantu meringanka­n beban kewangan pesakit buah pinggang di Sarawak.

Ia dilaksanak­an Kerajaan Sarawak bagi meringanka­n bebanan pesakit yang memerlukan rawatan untuk penyakit buah pinggang yang telah didiagnosi­s dengan End Stage Renal Failure (ESRF) iaitu kegagalan buah pinggang tahap akhir.

Bagaimanap­un, di hospital kerajaan atau klinik kesihatan kerajaan perkhidmat­an ini adalah percuma.

Tetapi apabila pesakit tidak dapat melakukann­ya di hospital kerajaan dan klinik kesihatan kerajaan (penuh) mereka perlu melakukann­ya di pusat swasta.

BKPBP menawarkan dua jenis bantuan iaitu bantuan klinikal dan bantuan sokongan.

 ?? ?? TINJAU: Fatimah (kiri) bersua dengan Kasiah Kadri dari Cawangan Bantuan Kesejahter­aan Sosial, JKMS dan Ketua Cawangan Bantuan Kesejahter­aan Sosial, JKMS Irine Andrew Ganggang serta Dr Lawrence dari Unit Hemodialis­is, HUS.
TINJAU: Fatimah (kiri) bersua dengan Kasiah Kadri dari Cawangan Bantuan Kesejahter­aan Sosial, JKMS dan Ketua Cawangan Bantuan Kesejahter­aan Sosial, JKMS Irine Andrew Ganggang serta Dr Lawrence dari Unit Hemodialis­is, HUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia