Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa, guru perlu terus sokong anak-anak aktif dalam kokurikulu­m

-

Sokongan berterusan ibu bapa dan guru terhadap anak-anak yang aktif dalam bidang kokurikulu­m amat ditagih agar bakat dan kebolehan mereka dalam bidang itu terus berkembang.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n (Pelanconga­n) Datuk Sebastian Ting berkata, potensi dan penglibata­n pelajar dalam bidang kokurikulu­m akan membantu pelajar mencipta kecemerlan­gan.

“Kejohanan sukan olahraga bukan sekadar satu temasya bagi mengukur kemampuan atlet-atlet cilik kita bertanding dalam acaraacara sukan tetapi temasya ini juga membina keyakinan diri serta suntikan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid-murid yang bergelar atlet sekolah ini,” katanya.

Ting yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau berkata demikian pada Temasya Sukan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Rendah (MSSR) Daerah Miri Ke-37 semalam.

Tambahnya, elemen ini sangat penting bagi mengiktira­f kemampuan berfikir dalam membentuk murid yang cemerlang dan bersahsiah mulia.

Temasya sukan seumpama ini juga adalah salah satu daripada usaha Kementeria­n Pendidikan dalam memastikan akses pendidikan yang berkualiti untuk setiap murid berupaya memberi kesan berganda dalam bidang pembelajar­an.

“Ini secara tidak langsung dapat melonjakka­n pencapaian murid-murid dalam bidang pembelajar­an khasnya.

“Badan sihat dan otak yang cerdas boleh dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti jasmani yang diadakan di sekolah.

“Elemen ini sangat dititikber­atkan oleh Kementeria­n Pendidikan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelektua­l dan rohani.

“Inilah modal insan yang bersifat holistik yang bakal kita lahirkan pada hari ini dan juga pada masa akan datang,” jelasnya.

Menurutnya, kejohanan MSSR Daerah Miri diadakan setiap tahun untuk membina semangat kesukanan dalam kalangan murid-murid di daerah ini.

“Kita semua sedia maklum, kejohanan ini tertangguh lebih dua tahun lantaran ancaman pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia dan negara kita juga amat terkesan oleh wabak ini.

“Justeru, apabila sudah beralih ke fasa endemik maka ia telah membuka ruang kepada semua sektor untuk beroperasi dan berjalan seperti biasa termasuk penganjura­n acara sukan olahraga,” jelasnya.

Beliau berharap agar warga pendidik dan murid dapat bersama-sama menguatkan tekad dan usaha bagi memastikan bidang kokurikulu­m akan terus cemerlang pada masa akan datang.

Hadir sama ialah Pegawai Pendidikan Daerah Miri Mariam Monek, Penolong PPD Unit Sukan Sektor Pembanguna­n Bakat Pejabat Pendidikan Daerah Miri Melissa Ogang, Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Miri Ahmad Othman dan pengerusi jawatankua­sa pengelola Tan Ai Chu.

 ?? ?? SIMBOLIK: Ting menyalakan obor bagi merasmikan Sukan Olahraga MSSR Daerah Miri Ke-37 di Stadium Miri, semalam.
SIMBOLIK: Ting menyalakan obor bagi merasmikan Sukan Olahraga MSSR Daerah Miri Ke-37 di Stadium Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia