Utusan Borneo (Sarawak)

Pelabuhan Bintulu antara pelabuhan terpenting di Sarawak

-

Kepentinga­n Pelabuhan Bintulu sebagai antara pelabuhan terpenting di Sarawak antara isu yang dibincangk­an Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia (MOT), Lembaga Pelabuhan Bintulu dan Bintulu Port Holdings Berhad.

Timbalan Menteri MOT Datuk Henry Sum Agong berkata, kerajaan melalui kementeria­nnya amat menekankan kepentinga­n pelabuhan-pelabuhan di negara ini termasuk Pelabuhan Bintulu.

“Pelabuhan Bintulu terus kekal menjadi salah satu daripada pelabuhan yang terpenting di Sarawak dan merupakan pintu masuk eksport utama minyak sawit dan gas asli cecair (LNG) untuk Malaysia,” katanya ketika menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Pelabuhan Bintulu dan Bintulu Port Holdings Berhad kelmarin.

Ahli Parlimen Lawas itu berkata lagi, pelbagai perkara dibincangk­an bersama dalam memastikan Pelabuhan Bintulu mengekalka­n kepentinga­nnya. Delegasi terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad Dato Mohammad Medan Abdullah, Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Bintulu Mizool Amir Mat Drus, Timbalan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak merangkap Ahli Lembaga Pengarah Bintulu Port Holdings Berhad Hasmawati Sapawi dan pegawaipeg­awai kanan Lembaga Pelabuhan Bintulu dan Bintulu Port Holdings Berhad.

 ?? ?? RAPATKAN HUBUNGAN: Henry (enam kiri) bersama delegasi Lembaga Pelabuhan Bintulu dan Bintulu Port Holdings Berhad.
RAPATKAN HUBUNGAN: Henry (enam kiri) bersama delegasi Lembaga Pelabuhan Bintulu dan Bintulu Port Holdings Berhad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia