Utusan Borneo (Sarawak)

25 jurulatih taekwondo hadiri kursus

-

Seramai 25 jurulatih taekwondo menghadiri Kursus Penyegaran Pertahanan Diri yang julung kali diadakan di gimnasium utama Persekutua­n Taekwondo Sarawak (STF) hujung minggu lalu.

Para peserta termasuk jurulatih dari Kelab Taekwondo Kenyalang (KTS) dan Kelab Taekwondo United (UTC), yang mana keduaduany­a bergabung dengan STF yang menganjurk­an acara itu.

Kursus dua hari itu dikendalik­an Grand Master Dan Ke-9 Lee Byung Hee.

Naib Presiden Kedua STF Michael Wong berkata, silibus yang baharu diperbadan untuk sukan itu bukan sahaja merangkumi seni mempertaha­nkan diri malah seni pergerakan tangan.

“Ia adalah teknik baharu yang pada asasnya melibatkan lebih banyak pergerakan tangan berbanding kaki dan idea keseluruha­nnya adalah untuk membawa sukan ini ke dimensi baharu,” tambahnya.

Beliau yakin teknik baharu yang diperkenal dalam sukan itu akan diterima secara meluas oleh penggemar sukan taekwondo.

Mengenai perkara berasingan Wong berkata, STF akan mengadakan kejohanan Zoom seluruh negeri di Kuching pada bulan depan.

Beliau berkata, kejuaraan itu akan menjadi yang pertama selepas berehat selama dua tahun akibat pandemik COVID-19.

“Dengan keadaan pandemik yang semakin baik sekarang, kami tidak sabar untuk menganjurk­an lebih banyak kejohanan taekwondo untuk atlet kami di seluruh negeri.” tegas beliau.

Antara yang hadir pada majlis itu termasuk Presiden STF Dr Henry Toh, Timbalan Presiden Leong King Fook, Naib Presiden 1 Pang Ming Sing, Presiden UTC Dr Louis Ling dan Presiden KTC Orlando Chua.

 ?? ?? MANTAPKAN DIRI: (Duduk dari kiri) Ling, Pang, Leong, Toh, Lee, Chua dan Wong merakam kenangan selepas majlis penutupan kursus.
MANTAPKAN DIRI: (Duduk dari kiri) Ling, Pang, Leong, Toh, Lee, Chua dan Wong merakam kenangan selepas majlis penutupan kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia