Utusan Borneo (Sarawak)

JCI Jalan Tanjung Kidurong sampaikan anugerah kepada lima ahli

-

JCI Jalan Tanjung Kidurong telah mengadakan Mesyuarat Agung Ahli (GMM) dan Anugerah Insentif Pengerusi Suku Kedua di premis IDrink di sini, Ahad lalu.

Mesyuarat tersebut disempurna Naib Presiden JCI Kebangsaan Michael Chai serta dihadiri pengerusi penganjur Loo Yong Sieng dan pasukannya Bette Irene Goh, Nathaneal Tiong Yong Sing, Catherine Kong Zing Nah, Daphne Lee Weng Weng dan Eric Fung Song Jie.

JCI Tanjung Kidurong mengucapka­n terima kasih kepada Chai dan semua ahlinya yang menghadiri mesyuarat dan menerima anugerah insentif pada mesyuarat tersebut.

Lima anugerah disampaika­n kepada ahli-ahlinya pada majlis itu ialah Ahli Baru Paling Cemerlang dimenangi Louis Chiew Chin Wee, Ahli Paling Cemerlang diraih Rebbert Ling Chiong Hock, Exco Paling Cemerlang diraih Kong Chung Chin, Ahli Peserta Paling Aktif Tie Wing Ong dan Perekrut Terbaik Tie Sing Ong.

Pada masa sama, Chai turut berkongsi pengalaman­nya dan mengulas mengenai bahagian yang boleh dipertingk­atkan untuk JCI Tanjung Kidurong yang mampu memberi manfaat kepada ahli-ahlinya.

Selain anugerah, JCI Tanjung Kidurong juga mengalu-alukan penyertaan ahli dalam beberapa program yang akan diadakan pada masa akan datang, antaranya Program Pelangsing­an Badan 2.0, permainan ‘Honor of Kings & Rummikub’ dan Akademi Organisasi Tempatan.

Keterangan lanjut mengenai program itu boleh berhubung dengan Presiden Kelab Elena Yong di talian 012-8786887.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Ahli-ahli JCI Tanjung Kidurong bersama naib presiden kebangsaan yang menghadiri mesyuarat ahli JCI Tanjung Kidurong.
UNTUK ALBUM: Ahli-ahli JCI Tanjung Kidurong bersama naib presiden kebangsaan yang menghadiri mesyuarat ahli JCI Tanjung Kidurong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia