Utusan Borneo (Sarawak)

Everrise buka cawangan ke-17 di Tabuan Jaya hari ini

-

Everrise, sebuah pasar raya premium berpangkal­an di Sarawak akan membuka cawangan yang ke-17 di Tabuan Jaya pada 23 Jun 2022.

Mempunyai kawasan seluas 9,000 kaki persegi, Everrise Tabuan Jaya bersedia menawarkan persekitar­an membeli-belah runcit dengan pelbagai jenis produk makanan import dan tempatan.

Pasar raya besar itu mempunyai stok yang lengkap dengan pelbagai jenis produk import seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar, yogurt dan aiskrim, snek dan konfeksion­ari, pasta, produk Woolworths eksklusif dan banyak lagi untuk memenuhi pelbagai keperluan barangan runcit pembeli.

Terdapat juga rangkaian makanan laut segar yang terjamin kualiti, salmon, daging, ayam dan itik serta bahagian yang menawarkan makanan organik, penjagaan haiwan peliharaan, penjagaan bayi serta produk kertas dan sebagainya untuk kemudahan pembeli.

Bagi pembeli yang lebih suka mengambil makanan sedia untuk dimakan, sudut kedai roti menawarkan pastri yang baru dibakar selain daripada bar sushi yang menampilka­n set sushi yang lazat.

Bagi meraikan pembukaan Everrise Tabuan Jaya, pembeli boleh mendaftar keahlian percuma dari 23 Jun hingga 3 Julai dan mendapat baucar diskaun RM10 yang boleh ditebus dengan pembelian minimum RM60.

Ahli juga akan menikmati harga eksklusif untuk lebih 1,000 produk serta tawaran menarik lain bagi memberi ganjaran kepada pembeli semasa promosi pembukaan.

Semua pembeli dijemput datang ke Everrise Tabuan Jaya semasa pembukaan cawangan pada 23 Jun ini bagi merasai pengalaman membeli-belah runcit gaya hidup yang tinggi.

Everrise Tabuan Jaya dibuka dari 9.30 pagi hingga 9.30 malam pada hari Ahad hingga Khamis dan 9.30 malam hingga 10.00 malam pada hari Jumaat, Sabtu dan cuti umum.

Orang ramai yang ingin mendapatka­n maklumat lanjut, sila e-mel ke feedback@ everrise.com.my.

Untuk maklumat terkini dan butiran promosi, orang ramai boleh mengikuti Facebook Everrise di fb.com/ myeverrise atau langgan saluran Everrise Telegram.

 ?? ?? CAWANGAN BAHARU: Pembukaan cawangan Everrise yang ke17 di Tabuan Jaya pada 23 Jun 2022.
CAWANGAN BAHARU: Pembukaan cawangan Everrise yang ke17 di Tabuan Jaya pada 23 Jun 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia