Utusan Borneo (Sarawak)

Isu Tabed Raru bukan berkaitan perkhidmat­an ambulans: Dr Ooi

-

Isu bekas anggota Border Scouts Tabed Raru, bukanlah berkaitan perkhidmat­an ambulans tetapi pesakit tanpa identiti yang disahkan (berkaitan status kewarganeg­araan) yang sukar merentasi sempadan negara mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Dr Ooi Choo Huck berkata, hasil maklumat daripada Jabatan Imigresen, pesakit tersebut perlu segera memperbaha­rui kesahan kad pengenalan sementara (MyKad) untuk mendapatka­n kebenaran perjalanan dalam Sarawak.

“Berkaitan pengurusan terhadap pesakit tersebut dari segi rawatan dan rujukan kes, JKN Sarawak sentiasa memastikan ia adalah berpatutan dan tidak berlaku sebarang kecuaian atau penyelewen­gan termasuk khidmat bantuan perawatan secara optimum tanpa mengira kewarganeg­araan.

“Malah, sebaik sahaja dokumen identiti pesakit selesai diperbahar­ui, pesakit akan diberikan jadual rawatan susulan termasuk keperluan dirujuk segera ke hospital berkaitan,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Beliau berkata, kenyataan itu dikeluarka­n berhubung artikel diterbitka­n The Borneo Post dan Utusan Borneo dalam berita akhbar dan secara maya pada 17 dan 18 Jun lepas.

Ia berhubung dakwaan Tabed yang tidak diberi perkhidmat­an ambulans untuk menjalani imbasan perubatan di Hospital Limbang kerana status kewarganeg­araannya.

Kata Dr Ooi lagi, JKN Sarawak akan terus memberi kerjasama dan sentiasa sedia membantu terutama dengan memastikan perkhidmat­an terbaik diberikan kepada rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia