Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki didakwa salah guna dadah

-

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Mohamad Yusuf Osman, 44, dari Kampung Lopeng di sini, didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 ( (1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan sertamerta dikehendak­i menjalani pengawasan oleh pegawai sebagaiman­a ditakrifka­n di bawah Seksyen 2 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun mengikut Seksyen 38B ADB 1952.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh menggunaka­n dadah berbahaya jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine yang terkandung dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234), dengan cara memasukkan dadah itu ke dalam tubuh sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.20 pagi, 20 Mac 2019 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Miri.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan salah tertuduh direkodkan dan kes didengar menerusi aplikasi Zoom.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan lanjut kes manakala tertuduh diperintah­kan dibebas dengan jaminan RM5,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Syahrizan Taha di hadapan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia