Utusan Borneo (Sarawak)

Memandu dalam keadaan mabuk, dua lelaki dipenjara dan denda

-

Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 dan jika gagal membayar denda dipenjara lima bulan kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Dalam kes pertama, Tiong Kung Siong, 32, dihukum Majistret Punitha Sivaraji kerana melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (Akta 333/87) pada 3 Jun lalu kira-kira jam 11.50 malam di Jalan Channel.

Dia mempunyai paras alkohol darah 85mg setiap 100ml yang melebihi had ditetapkan iaitu 50mg setiap 100ml.

Dalam kes kedua, Davidson Michol, 27, dijatuhi hukuman melakukan kesalahan sama di bawah seksyen sama pada 18 Mei lalu ketika memandu kereta di Jalan Channel di sini kira-kira jam 10.29 malam.

Davidson mempunyai 97mg alkohol darah setiap 100ml, melebihi had 50mg setiap 100ml.

Punitha turut melucutkan kelayakan kedua-dua tertuduh daripada memegang atau mendapatka­n lesen memandu selama dua tahun dari tarikh sabitan.

Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan dan membayar denda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia