Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja maut, gagal hantar laporan kemalangan maut, tiga syarikat didenda RM30,000

-

Mahkamah Sesyen Kapit semalam menjatuhka­n hukuman denda RM30,000 ke atas tiga syarikat susulan pensabitan bagi dua pertuduhan di bawah Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994.

Bagi pertuduhan pertama, ketiga-tiga syarikat didakwa gagal mengadakan sistem kerja selamat kepada pekerja sehingga menyebabka­n pekerja syarikat terbabit maut atau cedera.

Ketiga-tiga syarikat didakwa mengikut Seksyen 15(1) AKKP dan masingmasi­ng dikenakan hukuman denda RM25,000.

Sabit kesalahan di bawah seksyen ini boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, ketiga-tiga syarikat didakwa gagal menghantar laporan tentang kemalangan maut membabitka­n pekerjanya kepada Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerja (JKKP) dalam masa tujuh hari.

Untuk kesalahan ini, syarikat didakwa mengikut Peraturan 5(1)(a)(bb) Peraturan-Peraturan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 2004 dan dijatuhi hukuman denda RM5,000.

Di bawah peraturan ini, mana-mana pihak yang melanggar peraturan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi kes pertama, sebuah syarikat pembalakan didakwa melakukan kesalahan itu pada 28 Julai 2019, kira-kira jam 5.40 petang di jeti syarikat di Nanga Amang, Batang Rejang, Kapit.

Dalam kejadian tersebut, seorang pengendali kren syarikat itu maut setelah kren yang dikendalin­ya terjatuh ke dalam sungai semasa sedang menjalanka­n kerja-kerja mengangkat kayu balak.

Kes kedua pula membabitka­n sebuah syarikat yang berlaku di kem Ulu Gaat Mengiong, Kapit pada 29 Julai 2019, jam lebih kurang 2.30 petang.

Kejadian menyebabka­n seorang pekerja maut akibat ditimpa kayu balak ketika sedang menjalanka­n kerja mengikat kayu balak.

Dalam kes ketiga, seorang pekerja kem warganegar­a Indonesia maut ketika sedang menebang pokok di sebuah kem Nanga Gaat, Putai pada 17 Julai 2019, kira-kira jam 11 pagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia