Utusan Borneo (Sarawak)

Selesai segera projek pembanguna­n terbengkal­ai

-

Projek pembanguna­n terbengkal­ai di Sarawak yang belum siap sejak dua tiga tahun lepas memerlukan kerajaan memberi perhatian dengan pengambila­n pekerja asing untuk menyegerak­an projek tersebut.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata, banyak projek yang belum siap dan ini menimbulka­n keresahan dalam kalangan masyarakat terutama di kawasan luar bandar.

“Ada yang terjejas sehingga terbengkal­ai selepas dua tahun pandemik COVID-19, telah menyebabka­n kontraktor terlibat menghadapi masalah aliran tunai dan kekangan kekurangan tenaga pekerja untuk meneruskan projek.

“Jika tidak diselesaik­an dengan segera, ia akan mengundang rasa kecewa dalam kalangan masyarakat luar bandar,” ujarnya selepas merasmikan Jerayawara Ulang Tahun Ke-10 Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) di Dewan Masyarakat Bintangor, semalam.

ADUN Semop itu memberitah­u, pihaknya akan terus meningkatk­an penglibata­n masyarakat khasnya ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pendidik dalam usaha menyemai minat terhadap bidang keusahawan­an digital atau technopren­eur di peringkat sekolah.

“Ekonomi digital merupakan sesuatu yang tidak dapat dielak, ia adalah sebahagian daripada kehidupan baik dalam pengurusan perniagaan mahupun pentadbira­n pada masa akan datang,” jelasnya.

Menurutnya, tidak kurang daripada 3,000 usahawan digital telah dilahirkan melalui aktiviti TEGAS di Sarawak sejak ia ditubuhkan 10 tahun lalu.

“Tapi akhirnya dalam struktur yang besar ekonomi digital ini yang paling penting ialah kita pastikan infrastruk­tur telekomuni­kasi kita berada di tahap terbaik terutama di luar bandar,” ujarnya.

Abdullah yang juga setiausaha Lembaga Amanah TEGAS berkata, tidak kurang 7,000 menara telekomuni­kasi telah dan akan dibina di seluruh Sarawak.

Hadir sama ialah Pemanca Yii Hee Siang, wakil Residen Daerah Sarikei Safidi Tumboh, wakil Pegawai Daerah Meradong Mastia Jaini serta wakil Pegawai Pendidikan Daerah Meradong Ursula Bayai.

 ?? ?? MERIAH: Abdullah ketika merasmikan Jerayawara Ulang Tahun Ke -10 TEGAS di Dewan Masyarakat Bintangor, semalam sambil diperhatik­an yang lain.
MERIAH: Abdullah ketika merasmikan Jerayawara Ulang Tahun Ke -10 TEGAS di Dewan Masyarakat Bintangor, semalam sambil diperhatik­an yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia