Utusan Borneo (Sarawak)

Hadiah lumayan untuk pemenang Selangau Rafting Challenge

-

Hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi menanti juara Selangau Rafting Challenge yang diadakan sempena Pesta Selangau 2022.

Pengerusi penganjur Kaunselor Henry Kanyan Vincent Rawing berkata, naib juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 serta trofi dan tempat ketiga mendapat hadiah RM2,500 bersama trofi.

“Pemenang tempat keempat dan kelima pula masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM500.

“Manakala pemenang ‘Most Attractive Raft’ mendapat hadiah wang tunai RM500 dan trofi,” jelasnya ketika dihubungi pemberita menerusi aplikasi WhatsApp semalam.

Kanyan yang juga Ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) memberitah­u, pelepasan peserta Selangau Rafting Challenge 2022 akan diadakan di Rumah Banyan, Sungai Wong, Ulu Mukah pada 30

Julai depan.

“Yuran penyertaan sebanyak RM500 dan tarikh tutup penyertaan pada 18 Julai. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Kaunselor

Christoper Kusa Buan (011-31826584), Felisca Ashira Uga (011-11766397) dan Sherman Laja (0138415068),” ujarnya.

Pesta Selangau Edisi Keempat akan berlangsun­g selama tiga hari bermula 27 hingga 30 Julai depan.

Acara-acaramenar­ikakan memeriahka­n pesta tersebut ialah Selangau Rafting Challenge, pertanding­an ratu cantik, karaoke, ‘fun run’, dart dan futsal.

Kanyan berkata, Pesta Selangau Edisi Keempat ini akan menampilka­n perbezaan dari segi hadiah.

“Kita telah menambah nilai hadiah kerana kita ingin menarik lebih ramai peserta dari Kuching, Sibu Bintulu dan Miri sekali gus meningkatk­an taraf penganjura­nnya daripada tiga edisi yang lepas,” jelasnya.

Menurutnya, Pesta Selangau telah dimasukkan ke dalam Kalendar Acara Negeri Sarawak dengan penganjura­nnya ditetapkan pada 27 hingga 30 Julai setiap tahun.

 ?? ?? JOM SERTAI: Selangau Rafting Challenge 2022 kini kembali.
JOM SERTAI: Selangau Rafting Challenge 2022 kini kembali.
 ?? ?? TELITI: (Baris depan dari kanan) Dr Rundi dan Fatimah ketika mendengar taklimat pada salah satu sesi lawatan mereka di Dalat, semalam.
TELITI: (Baris depan dari kanan) Dr Rundi dan Fatimah ketika mendengar taklimat pada salah satu sesi lawatan mereka di Dalat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia