Utusan Borneo (Sarawak)

PAC cadang lawat sekurang-kurangnya satu projek pembanguna­n tahun ini

-

Jawatankua­sa Akaun Awam Negeri (PAC) Sarawak bercadang turun padang dan melawat sekurangku­rangnya satu projek pembanguna­n di Sarawak tahun ini.

Dalam kenyataan semalam PAC berkata ia keputusan diambil pada Mesyuarat Jawatankua­sa PAC Ke-54 diadakan pada 21 dan 22 Jun 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Salah satu projek sedang dilaksanak­an yang akan dilawati adalah Projek Pembanguna­n Industri Beras Bario.

Dalam pada itu, Pengerusi PAC Razaili Gapor mengucapka­n tahniah kepada ahliahli PAC yang baru dilantik iaitu Lo Kheere Chiang, Mohamad Chee Kadir, See Chee How, Wilson Nyabong Ijang, Miro Simuh dan Rolland Duat Jubin serta Setiausaha PAC yang baharu iaitu Pele Peter Tinggom yang juga Setiausaha DUN Sarawak.

Razaili turut memaklumka­n penambahan ahli ex-officio PAC yg baharu iaitu Pengarah UNIONS Adana Jed.

Selain itu, ahli-ahli PAC diingatkan mengenai kepentinga­n tanggungja­wab bagi memastikan wang awam dibelanjak­an dengan berhemah dan mencapai objektif yang telah ditetapkan bagi setiap perbelanja­an atau projek yang telah diluluskan kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n.

 ?? — Gambar UKAS ?? KOMITED: Ahli-ahli Jawatankua­sa PAC Sarawak (dari kiri) Miro, Mohamad Chee, See, Razali, Lo, Wilson dan Peter.
— Gambar UKAS KOMITED: Ahli-ahli Jawatankua­sa PAC Sarawak (dari kiri) Miro, Mohamad Chee, See, Razali, Lo, Wilson dan Peter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia