Utusan Borneo (Sarawak)

Jelitawan dunia akan memberi manfaat kepada Lundu

Miss Tourism Internatio­nal World Final 2022/2023 beri petanda baik kepada komuniti perniagaan tempatan

- Oleh Marlinda Mardzuki

“Jelitawan-jelitawan ini akan meninggalk­an jejak mereka semasa lawatan ke sini dan laluan serupa juga boleh ditemui di Hong Kong dan ” Hollywood di Amerika Syarikat.

KUCHING: Lundu yang dipilih sebagai salah satu persinggah­an untuk Miss Tourism Internatio­nal World Final Ke-25 2022/2023 akan memberi petanda baik kepada komuniti perniagaan tempatan di sini.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, seramai 60 ratu cantik dunia akan meninggalk­an jejak mereka sempena acara itu yang akan diadakan pada 17 November ini di Dataran Pekan Lundu.

“Jelitawan-jelitawan ini akan meninggalk­an jejak mereka semasa lawatan ke sini dan laluan serupa juga boleh ditemui di Hong Kong dan Hollywood di Amerika Syarikat.

“Saya percaya, pada 17 November kelak, apabila 60 ratu cantik berkunjung ke Lundu, daerah ini akan mengalami kesesakan lalu lintas dengan orang ramai dari kawasan sekitar serta Kuching datang ke sini untuk menyaksika­n acara penting itu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan program

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n

‘Bringing The World To Lundu’ sempena Miss Tourism Internatio­nal World Final 2022/23 di Lundu semalam.

Abdul Karim berkata, Lundu telah berubah secara drastik sejak beberapa dekad dengan kawasan dari Tanjung

Datu hingga ke Pantai Damai telah diangkat oleh kerajaan negeri sebagai tempat pelanconga­n seterusnya.

“Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini mengumumka­n dua hotel antarabang­sa akan dibina di

Lundu kerana kerajaan sedar industri pelanconga­n negeri sedang berkembang pesat.

“Saya percaya di Telok Melano dan tempat lain termasuk di Lundu boleh menarik pelancong kerana kawasan ini adalah khazanah untuk perkara yang boleh menarik industri ini,” katanya.

Ujarnya, banyak acara pelanconga­n dianjurkan setiap hujung minggu sehingga akhir tahun, termasuk Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) dan Perlumbaan Spartan yang baru berakhir serta Festival Jazz Borneo pada hujung minggu ini.

Bagaimanap­un beliau berharap festival sebegini dapat diadakan di Lundu setiap tahun untuk mempromosi­kan lagi sektor pelanconga­n sama seperti penganjura­n RWMF di Kampung Budaya Sarawak.

Sementara itu, Pengasas danPengeru­siYASTGROU­P merangkap pengerusip­enganjur 25th Miss Tourism Internatio­nal World Final 2022 Esther Law berkata, penganjura­n pertanding­an ratu cantik di Sarawak pada November nanti adalah perkongsia­n contoh antara sektor awam dan swasta untuk mempromosi­kan Lundu sebagai destinasi pelanconga­n berpotensi ke seluruh dunia.

“Apabila saya diberi hak untuk menjadi tuan rumah pertanding­an ini, salah satu tugas saya ialah mengenal pasti destinasi pelanconga­n yang bakal dilawati oleh ratu cantik bersama bantuan daripada kerajaan negeri.

“Salah satu destinasi yang saya pilih ialah Lundu dan harapan saya dengan usaha sebegini sedikit sebanyak dapat mempromosi­kan Lundu ke negara luar,” katanya.

Turut diadakan pada majlis itu ialah pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MoU) antara YAST Group dan Majlis Daerah Lundu.

Miss Tourism Internatio­nal World Final Ke-25 akan berlangsun­g pada 13 hingga 27 November tahun ini menyaksika­n penyertaan jelitawan dari 60 negara dengan malam pertabalan akan diadakan pada 25 November di sini.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? PROMOSI: Abdul Karim bersama Esther (empat kanan) dan tetamu kehormat lain bergambar kenangan dengan karya seni yang direka untuk Miss Tourism Internatio­nal World Final ke-25 bagi 2022/2023 di Lundu.
— Gambar Chimon Upon PROMOSI: Abdul Karim bersama Esther (empat kanan) dan tetamu kehormat lain bergambar kenangan dengan karya seni yang direka untuk Miss Tourism Internatio­nal World Final ke-25 bagi 2022/2023 di Lundu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia