Utusan Borneo (Sarawak)

MTUC sokong langkah beri permit kerja lima tahun kepada ekspatriat

-

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak menyambut baik langkah kerajaan negeri memberi permit kerja selama lima tahun secara terus kepada ekspatriat atau profesiona­l yang datang ke negeri ini.

Setiausaha MTUC Sarawak Andrew Lo berkata, bagaimanap­un diharapkan permit berkenaan hanya untuk ekspatriat berkemahir­an tinggi.

“Kami tidak mempunyai isu jika ia adalah untuk ekspatriat berkemahir­an tinggi.

“Mereka mestilah gaji minimum sekurang-kurangnya RM25,000 dan ke atas.

“Ini kemudianny­a akan meningkatk­an tahap untuk profesiona­l tempatan bersaing dan memperoleh kemahiran dalam jangka sederhana,” katanya ketika dihubungi.

Namun ujarnya, apa yang dikhuatiri MTUC adalah tidak mahu melihat puluhan ribu pekerja migran bergaji rendah yang bekerja di negeri ini.

Katanya ia akan menindas penduduk tempatan khasnya dari aspek gaji berbanding pekerja migran.

Sementara itu Ketua Belia Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching Samarahan dan Serian Kapitan Tan Teck Ming turut bersetuju dengan langkah kerajaan negeri itu yang memberi kesenangan kepada ekspatriat profesiona­l kerana mereka tidak perlu memperbaha­rui permit setiap tahun.

“Selain itu mereka juga mungkin tidak lagi bimbang jika terdapat sebarang ketidakpas­tian atau masalah tidak dapat memperbaha­rui permit mereka selepas tamat tempoh.

“Dalam erti kata lain, ia juga membantu Sarawak menarik dan mengekalka­n golongan profesiona­l bekerja di negeri ini,” katanya.

Tan berkata, selain itu kakitangan tempatan juga berpeluang menimba pengalaman dan pengetahua­n daripada mereka yang profesiona­l.

Katanya ia secara tidak langsung mewujudkan budaya yang memupuk pembanguna­n berterusan dalam kalangan pekerja dalam pekerjaan mereka.

“Kemahiran yang pelbagai akan membolehka­n organisasi menawarkan rangkaian produk dan perkhidmat­an yang lebih luas dan boleh disesuaika­n.

“Dengan itu, produk kita boleh diperkenal­kan di pasaran antarabang­sa,” katanya.

Semalam, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Open mengumumka­n ekspatriat atau profesiona­l yang datang ke Sarawak akan diberikan permit kerja selama lima tahun secara terus.

Menurut beliau, buat masa ini golongan berkenaan perlu memperbaha­rui permit kerja mereka setiap setahun sekali.

Bagaimanap­un kata Abang Johari, pemberian permit kerja selama tempoh berkenaan dihadkan kepada profesiona­l dalam sektor strategik sahaja seperti jurutera atau saintis.

Beliau berkata sektor strategik berkenaan tidak hanya berkaitan minyak dan gas tetapi profesiona­l dalam sektor lain di negeri ini.

 ?? ?? LO
LO
 ?? ?? TAN
TAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia