Utusan Borneo (Sarawak)

Pembantu jurutera didenda kerana salah guna dadah

-

Seorang pembantu jurutera sebuah agensi kerajaan didenda RM2,400 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana terlibat penyalahgu­naan dadah dua tahun lalu.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhka­n hukuman itu terhadap tertuduh Khairul Akmal Sueib, 35, selepas dia mengaku bersalah serta mengarahka­nnya diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada 17 Mei 2020, kira-kira jam 12.20 tengah hari di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Daerah Kuching apabila ujian air kencingnya didapati positif dadah jenis Methamphet­amine dan Amphetamin­e yang disenaraik­an dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesalahann­ya didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta yang sama.

Seksyen itu membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 dan diletakkan di bawah pengawasan serta-merta untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Pendakwaan dikendalik­an pegawai pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia