Utusan Borneo (Sarawak)

Delegasi KK Bario lawat Rumah Gawong Jantau

-

Delegasi terdiri daripada 36 ketua masyarakat dan ketua kaum dari Bario yang diiringi pegawai Pejabat Daerah Kecil Bario telah mengadakan lawatan muhibah ke Rumah Gawong Jantau dalam kawasan Poyut/ Lubok Nibong di sini.

Delegasi itu yang diketuai Pemanca Freddy Abun diiringi Pegawai Tadbir (SAO) Daerah Bario Edwin Jelenggai serta Kaunselor John Terawe yang mewakili Pasukan Petugas Bario di bawah Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Sempena lawatan tersebut, rombongan diberi taklimat oleh Ketua Masyarakat Kaum Iban Poyut/Lubok Nibong Pemanca Randi Bundan mengenai pembanguna­n dan kemajuan yang telah disalurkan kerajaan GPS ke kawasan tersebut.

Ini meliputi kemajuan pembanguna­n 38 rumah panjang di bawah jagaannya yang hampir kesemuanya sudah dibina menggunaka­n bahan binaan konkrit dan hanya lapan lagi yang masih kekal struktur kayu.

“Di Poyut/Lubok Nibong hampir setiap rumah panjang sudah dihubungka­n dengan jalan raya berturap.

“Hanya dua rumah panjang di Sungai Belasoi iaitu Rumah Nyala Kedit dan Rumah Jugah masih menggunaka­n pengangkut­an sungai.

“Selain itu kebanyakan rumah sudah menerima bekalan elektrik 24 jam daripada Sarawak Energy Berhad (SEB) dan begitu juga air bersih, di mana kebanyakan rumah di kawasan Poyut/Lubok Nibong sudah menerima bekalan air bersih daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB),” katanya.

Randi turut memberitah­u bahawa kemajuan ekonomi kini sudah semakin dirasai penduduk apabila harga komoditi utama penduduk Marudi iaitu kelapa sawit sudah mencecah harga RM1,000 satu tan.

Majlis menyambut rombongan pelawat tersebut turut dihadiri tuai-tuai rumah panjang dari kawasan Poyut/Lubok Nibong.

 ?? ?? KENANGAN: Ketua masyarakat dan kaum dari kedua-dua kawasan Bario dan Puyot/Lubok Nibong bergambar bersama.
KENANGAN: Ketua masyarakat dan kaum dari kedua-dua kawasan Bario dan Puyot/Lubok Nibong bergambar bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia