Utusan Borneo (Sarawak)

Ugut cederakan wanita, penganggur dipenjara dan didenda

-

Gara-gara ugutan hendak memecahkan kepala seorang wanita, seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda RM1,000 atau dua minggu penjara oleh Mahkamah Majistret.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuas­akan mulai tarikh jatuh hukuman semalam.

Shairul Safari, 29, dari Batu 8, Lambir di sini, didapati telah melakukan ugutan jenayah terhadap Lina Kula, 52, dengan mengugut hendak memecahkan kepala mangsa sekiranya melaporkan perbuatann­ya kepada pihak polis.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.30 pagi, 26 Mei 2020 di rumah keluargany­a di Batu 8, Lambir di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Syahrizan Taha di hadapan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia