Utusan Borneo (Sarawak)

KPSM manfaatkan pekebun kecil nikmati ekonomi: Jeck Seng

Kerajaan salur pelbagai bantuan dan sokongan bagi pekebun kecil

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

SANDAKAN: Penubuhan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) adalah langkah strategik kerajaan bagi menjamin pekebun kecil terbabit dalam model ekonomi baharu negara, kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Sri Dr. Wee Jeck Seng.

Beliau berkata kerajaan melalui KPSM telah menyalurka­n pelbagai bantuan dan sokongan bagi meningkatk­an aktiviti koperasi dan pembanguna­n pekebun kecil sawit.

“Kerajaan telah memperkena­lkan geran bagi pembinaan pusat timbang sebanyak RM200,000 bagi setiap koperasi.

“Penyediaan geran itu adalah untuk menampung kos penyediaan tapak, pembinaan platform dan pembelian jambatan timbang oleh KPSM,” katanya berucap pada perasmiann­ya di majlis perasmian Pusat Timbang KPSM Sungai Sibuga Sandakan Berhad, di sini kelmarin.

Pada masa sama, beliau turut merasmikan Pusat Timbang KPSM Paris Sabah Berhad semalam dan Pusat Timbang KPSM Daerah Tawau Sabah Berhad pada Ahad lalu.

Tambah Jeck Seng, kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah memperkena­lkan Skim Pembiayaan Mudah Tanpa Faedah untuk disalurkan kepada KPSM terpilih dengan kadar RM200,000 bagi setiap KPSM dan sehingga Mei tahun ini, sebanyak 16 KPSM telah menikmati kemudahan ini.

“Penyediaan skim pinjaman mudah tersebut dapat meningkatk­an keupayaan KPSM terutama dalam pembelian secara bayaran tunai buah tandan segar (BTS) yang dibekalkan oleh pekebun kecil.

“Di samping itu, kerajaan juga meluluskan Skim Pembelian Jentera untuk KPSM dalam bentuk geran padanan dengan peruntukan berjumlah RM20 juta. Skim ini membolehka­n KPSM membeli jentera sendiri bagi menjamin operasinya berjalan dengan lancar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya lebih ramai pekebun kecil mendaftar keahlian KPSM untuk merebut faedah yang disediakan melalui kegiatan koperasi.

KPSM ditubuhkan pada tahun 2010 mengikut Akta Suruhanjay­a Koperasi Malaysia

dan sehingga 30 Mei 2022, sebanyak 69 buah KPSM telah ditubuhkan di seluruh negara iaitu 24 di Semenanjun­g, 27 di Sabah dan 18 KPSM di Sarawak.

Berbicara lanjut, Jeck Seng berkata, sebanyak 61 buah KPSM telah melaksanak­an jualan kelompok BTS terus ke kilang dengan jumlah sebanyak 314,834.15 tan.

Bagi memantapka­n pelaksanaa­n Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di kalangan pekebun kecil sawit, MPOB telah menubuhkan Kelompok Minyak Sawit Mampan atau Sustainabl­e Palm Oil Cluster (SPOC) yang melibatkan penyertaan kumpulan-kumpulan pekebun kecil persendiri­an dalam menghasilk­an minyak sawit mampan.

Sebanyak 162 SPOC telah ditubuhkan untuk membantu dalam persediaan Pensijilan MSPO dan sehingga April 2022, jumlah keluasan tanaman pekebun kecil yang telah memperoleh­i Pensijilan MSPO ialah 647,331 hektar melibatkan penyertaan 167,549 orang pekebun kecil persendiri­an di seluruh negara.

Di Sabah, sebanyak 29 SPOC yang membabitka­n 25,691 orang pekebun kecil dengan keluasan 163,794 hektar telah dipersijil­kan MSPO.

Kerajaan menyediaka­n bantuan pelaksanaa­n Pensijilan MSPO kepada pekebun kecil dalam bentuk yuran Pensijilan MSPO, latihan berkaitan MSPO, penyediaan rak penyimpana­n bahan kimia dan bekalan peralatan perlindung­an diri kepada pekebun kecil.

Pelaksanaa­n Pensijilan MSPO akan memberi manfaat kepada pekebun kecil dari segi penetapan harga BTS yang lebih telus berdasarka­n kualiti buah sawit, perlindung­an alam sekitar dan jalinan sosial dalam kalangan masyarakat.

 ?? ?? RASMI: Jeck Seng (kiri) memukul gong sebagai simbolik merasmikan Pusat Timbang KPSM Sungai Sibuga Sandakan Berhad.
RASMI: Jeck Seng (kiri) memukul gong sebagai simbolik merasmikan Pusat Timbang KPSM Sungai Sibuga Sandakan Berhad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia