Utusan Borneo (Sarawak)

Dr. Suhaili tawar diri bertanding Naib Yang Dipertua USIA

-

Adjunct Professor Dr Suhaili Riman menawarkan diri bertanding jawatan Naib Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) pada Perhimpuna­n Perwakilan Tahunan USIA ke-35 di sini pada 24-26 Jun ini.

Visi beliau ialah menyemarak­kan dakwah, menyantuni ahli-ahli USIA, umat Islam dan masyarakat Sabah.

Beliau berkata dakwah mempunyai konsep yang luas tapi perlu fokus kepada amar makruf dan nahu mungkar.

“Saya menyaranka­n berbagai aktiviti dakwah seperti kelas fardu ain, fardu kifayah, ekonomi, sosial, sukan, dakwah jalanan, dakwah menggunaka­n media sosial, kesenian, nasyid dan mengimarah­kan masjid perlu diadakan,” katanya.

Dr. Suhaili juga berkata aktiviti pendidikan agama dan akademik seperti mengadakan kelas agama, kelas belajar Bahasa Arab, kelas Taufiq dan lain-lain yang berkaitan dengan pendidikan, akan terus diperkasak­an.

Katanya, untuk menjayakan aktiviti dakwah dan pendidikan, maka perkongsia­n pintar hendaklah juga diadakan bersama dengan agensi kerajaan Negeri dan Persekutua­n seperti Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Perkongsia­n pintar adalah penting untuk memastikan kejayaan dakwah itu,” katanya.

Menurutnya, Pusat Latihan Dakwah USIA di Marasinsim Kota Marudu boleh digunakan sepenuhnya untuk mengadakan aktiviti dakwah sementara Pusat Kaunseling boleh dibuat di bangunan USIA Jalan Sembulan, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia