Utusan Borneo (Sarawak)

50 guru besar Beaufort sertai lawatan ke SK Pekan Menumbok

-

Seramai 50 Guru Besar dari Majlis Guru Besar (MGB) Beaufort telah melawat penandaara­san Program Transfomas­i Sekolah 2025 (TS25) di Sekolah Kebangsaan Pekan Menumbok (SKPM) yang diketuai oleh Pengerusi MGBB, Marif Yusof, baru-baru ini.

Rombongan turut berkesempa­tan melawat ke bilik kokurikulu­m, kolam ikan, Taman Orkid, Taman Arnab, Taman Salji, Taman Bonsai serta kelas yang bercirikan PAK-21.

Turut serta dalam rombongan itu Pegawai SIPartner+ William Sipin, Pegawai SIPartner+ Lis Halimah Ag Kanak dan Timbalan Pengerusi Asinah Jamlus.

Marif berkata lawatan itu mengeratka­n hubungan kerjasama, perkongsia­n maklumat dalam hala tuju organisasi dan tadbir urus organisasi di samping jalinan tali silaturahi­m. Katanya, lawatan kerja profesiona­l dan penandaara­san dalam kalangan MGB Beaufort ke SK Pekan Menumbok merupakan sebahagian usaha untuk memantapka­n kemahiran serta ilmu kepimpinan dalam kalangan guru besar.

“Untuk melaksanka­n transforma­si ia memerlukan ilmu dan kepakaran. Melalui lawatan kerja profesiona­l ini matlamat tersebut dapat direalisas­ikan” katanya.

Pengarah Program lawatan merangkap Ketua Biro lawatan, Sukan dan Rekreasi, Jamaludin Midin@Maidin, pula berkata hasil lawatan itu telah memotivasi­kan pihak MGB daerah Beaufort serta dapat mencetuska­n idea yang baru serta dapat berkongsi kaedah penyampaia­n maklumat yang efisien khususnya kepada warga sekolah, ibu bapa, komuniti setempat dan juga pihak yang berkepenti­ngan.

Beliau berkata, usaha Guru Besar SK Pekan Menumbok, Nordin Mohd Taip selaku pemimpin sekolah tersebut dalam melakukan proses transforma­si sekolah secara berterusan demi kecemerlan­gan prestasi sekolah beliau khususnya dalam bidang kepimpinan, kurikulum, HEM dan juga kokurikulu­m telah menjadi nilai tambah kepada pihaknya untuk melakukan proses transforma­si sekolah secara berkesan.

“Harapan pihak kami, semoga hasil dapatan lawatan ini akan memberi impak yang berkesan kepada semua sekolah rendah di daerah Beaufort,” katanya.

Majlis turut dimeriahka­n dengan menandatan­gani Perjanjian Memorandum Persefaham­an (MOU), persembaha­n tarian, dan Persembaha­n Brassband oleh murid-murid SK Pekan Menumbok.

 ?? ?? PASUKAN BRASSBAND: Azeem (kanan) dan Rohaidah (kiri) bergambar kenangan dengan pasukan Brassband SKPM sebelum membuat persembaha­n.
PASUKAN BRASSBAND: Azeem (kanan) dan Rohaidah (kiri) bergambar kenangan dengan pasukan Brassband SKPM sebelum membuat persembaha­n.
 ?? ?? ALBUM: Marif (lima kanan), Nordin (enam kiri) bergambar kenangan Bersama Guru Besar daerah Beaufort.
ALBUM: Marif (lima kanan), Nordin (enam kiri) bergambar kenangan Bersama Guru Besar daerah Beaufort.
 ?? ?? MOU: Majlis menandatan­gani Perjanjian Memorandum Persefaham­an (MOU) antara Nordin (Kanan) dan Marif (kiri) sambil disaksikan oleh Pegawai SIP+ dan guru besar.
MOU: Majlis menandatan­gani Perjanjian Memorandum Persefaham­an (MOU) antara Nordin (Kanan) dan Marif (kiri) sambil disaksikan oleh Pegawai SIP+ dan guru besar.
 ?? ?? OPERASI: Pasukan bomba berjaya memujuk dan menyelamat­kan mangsa di tingkat empat pangsapuri tersebut.
OPERASI: Pasukan bomba berjaya memujuk dan menyelamat­kan mangsa di tingkat empat pangsapuri tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia