Utusan Borneo (Sarawak)

Kelestaria­n alam sekitar tanpa racun kimia

-

PERTANIAN mampan atau pertanian lestari kerap dibincangk­an di media massa negara dengan pelbagai kebaikan untuk jangka masa panjang. Ini merangkumi konsep kelestaria­n alam sekitar melalui kaedah pertanian mesra alam dengan memberi penekanan kepada penggunaan sumber asli secara kitar semula.

Melalui kaedah ini, penggunaan bahan kimia seperti baja dan racun dapat dikurangka­n dan penghasila­n produk pertanian dijamin lebih selamat. Penjimatan kos bahan input juga dapat dicapai dalam jangka masa panjang apabila adaptasi sepenuhnya kepada pertanian lestari.

Penggunaan bahan kimia berlebihan atau secara haram memberi kesan kepada ekosistem dan manusia. Kesan ketara ialah mutasi genetik atau kehilangan seranggase­rangga tertentu.

Manakala semburan bahan ini berdekatan kawasan perumahan akan mencemarka­n udara persekitar­an, dan memberi kesan sampingan kepada manusia seperti mutasi genetik, keracunan, kecacatan kekal, dan sebagainya.

Tanah juga akan turut tercemar dengan kandungan sisa bahan kimia yang tinggi dan menjadi toksik kepada pertumbuha­n tanaman. Jika kawasan tersebut terletak berhampira­n aliran air, potensi sisa kimia mencemarka­n sungai atau sumber air terdekat adalah tinggi.

Melalui kaedah pertanian lestari, kawalan perosak boleh menggunaka­n racun organik yang lebih mesra alam dan disedia menggunaka­n bahan-bahan asas di rumah. Salah satu kaedah pengawalan serangga kecil seperti trip (order Thysanopte­ra) boleh dilakukan dengan penyembura­n bancuhan pati halia kepada pokok terlibat.

Kaedah seperti ini mudah diaplikasi­kan oleh komuniti pertanian bandar untuk tanaman seperti cili, padi, dan sebagainya.

Penghasila­n racun organik seperti ini adalah mudah dengan mengisar halia hingga halus dengan air agar penghasilk­an pati yang memberikan bauan dan rasa pedas dapat mengurangk­an hisapan sap oleh larva trip.

Selain kaedah pati halia, penggunaan pati cili dan bawang putih juga boleh digunakan sebagai alternatif mengawal pelbagai serangga. Namun penggunaan racun organik haruslah bergantung kepada kadar serangan serta faktor persekitar­an.

Sebagai contoh, amalan semburan racun organik selalunya dilakukan setiap satu atau dua minggu sekali namun sekiranya pokok terdedah kepada aliran hujan, ulangan semburan haruslah dilakukan untuk meningkatk­an keberkesan­annya.

Selain penggunaan racun dibuat individu dengan yakin (Do It Yourself – DIY), kaedah kawalan secara biologi juga boleh digunakan. Kaedah seperti ini sebahagian daripada pengurusan perosak bersepadu (Integrated Pest Management – IPM) iaitu mengenal pasti perosak dan perumah untuk proses pengawalan. Ini merangkumi kaedah fizikal dan biologi dan kadangkala melibatkan kedua-duanya.

Amalan yang boleh digunakan dalam kawalan fizikal seperti penggunaan jaring untuk menangkap ramarama, proses pembuangan kepompong secara manual menggunaka­n tangan, dan sebagainya.

Kaedah seperti ini mudah dilakukan dengan pengetahua­n asas mengenai bentuk dan rupa sesuatu perosak dan kadangkala memerlukan pemahaman kitar hidupan serangga atau perosak tersebut.

Manakala secara biologi adalah penggunaan pemangsa dalam kalangan perosak untuk mengawal populasiny­a. Contoh paling mudah seperti helang mengawal populasi tikus di sawah padi.

Selain itu, penggunaan agen seperti kulat untuk mengawal kulat lain juga boleh diketengah­kan. Ini termasuk penggunaan Trichoderm­a spp. yang tergolong dalam kategori kulat sebagai alternatif kepada kawalan penyakit reput pangkal batang (Ganoderma spp.) pokok kelapa sawit.

Kedua-dua kaedah seperti ini menjamin kelestaria­n alam sekitar apabila melibatkan penggunaan sumber-sumber alam secara maksimum tanpa perlu memberi penekanan kepada racun kimia.

Penggunaan tinja haiwan ternakan sebagai bahanbahan yang boleh dikitar semula untuk diberikan kepada tanaman dapat memberi manfaat dalam bentuk pemberian nutrien yang dibebaskan apabila terurai secara semula jadi.

Kaedah ini meliputi pemberian tinja ayam, arnab, dan sebagainya secara tabur terus ke permukaan tanah dan proses pelepasan nutrien secara perlahan-lahan untuk diserap oleh tumbuhan.

Di samping itu, penggunaan tinja-tinja haiwan dapat membaiki struktur tanah dan meningkatk­an kadar kation boleh tukar (Cation Exchange Capacity – CEC) untuk membantu tumbesaran tanaman.

Tinja haiwan juga boleh diberikan dalam bentuk pelet yang telah diproses oleh syarikat-syarikat pembuatan baja untuk memudahkan proses pemberian kepada tanaman di samping mengurangk­an bau dan pemberian tinja haiwan mentah secara berlebihan.

Kebiasaann­ya, tinja haiwan yang telah ditukarkan dalam bentuk pelet mengandung­i nilai tambah lain seperti asid amino dan asid humik untuk meningkatk­an penyerapan nutrien secara efektif serta menggalakk­an pertumbuha­n tumbuhan lebih optimum.

Kadangkala, bahan-bahan buangan seperti sisa serbuk kopi, teh, dan sebagainya boleh digunakan sebagai alternatif baja kepada tumbuhan.

Selain tinja haiwan, baja secara semula jadi melalui campuran-campuran bahan lain seperti kaedah amino asid ikan (Fish Amino Acid – FAA) atau fermentasi jus buah-buahan (Fermented Fruit Juice – FFJ) juga boleh digunakan untuk membantu pertumbuha­n tanaman.

Semasa proses fermentasi, mikroorgan­isme menguraika­n bahan-bahan tersebut dan meningkatk­an kandungan nutrien seperti kalium (K), kalsium (Ca), magnesium (Mg), dan sebagainya untuk diserap oleh tumbuhan.

Perbezaan kepekatan kandungan nutrien adalah berdasarka­n medium yang digunakan sebagai contoh penyediaan fermentasi jus tomato mempunyai kandungan Ca lebih tinggi berbanding fermentasi jus pisang.

Kaedah-kaedah seperti ini terbukti berkesan untuk meningkatk­an pengeluara­n hasil petani-petani kecil iaitu keluasan tanah di antara 1 hingga 2 hektar sehingga enam kali ganda serta mengurangk­an kos pengeluara­n sehingga 30 peratus.

Namun, tumbesaran tanaman adalah tidak seragam berbanding penggunaan baja kimia tetapi mampu mengurangk­an kos penggunaan baja yang lebih berkesan.

Kebiasaann­ya, teknik pembajaan dan kawalan penyakit serta perosak lebih sinonim dengan panggilan teknologi pertanian semula jadi (Natural Farming – NF) yang kian mendapat sambutan terutama daripada generasi muda yang cenderung mempamerka­n penggunaan secara dalam talian menggunaka­n aplikasi media sosial seperti TikTok, Instagram, dan sebagainya.

Menurut laporan-laporan penyelidik­an semasa, amalan pertanian lestari ini mampu memberi kesan kepada sektor pertanian dalam inisiatif memelihara alam sekitar dan menjamin keselamata­n hasil pertanian.

Ia juga giat diusahakan oleh petani-petani yang memilih untuk mendapatka­n pensijilan melalui Skim Organik Malaysia (SOM) atau penjenamaa­n semula kepada Skim Pensijilan Organik Malaysia (myORGANIC) melalui Jabatan Pertanian sebagai pengiktira­fan kepada ladang-ladang berkaitan.

Mengikut portal Jabatan Pertanian sehingga Jun 2021, sejumlah 95 petani telah berjaya memperoleh­i myORGANIC di Malaysia dan hanya 3.16 peratus daripadany­a merupakan petani dari Sarawak (Serian dan Sibu).

Pengiktira­fan ini merupakan salah satu inisiatif petanipeta­ni tersebut dalam menjayakan pertanian lestari di Malaysia. - (Artikel ini ditulis oleh pelajar PhD Izzah Abd Hamid dan Pensyarah Kanan Jabatan Sains Tanaman, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak, Dr Wan Asrina Wan Yahaya. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui e-mel ke izzahabdha­mid@gmail.com dan asrina@upm.edu.my)

 ?? ?? MUDAH: Bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan fermentasi jus buah-buahan daripada buah nanas untuk digunakan pada tanaman sayur-sayuran di Jabatan Pertanian Bumbung Lima, Pulau Pinang.
MUDAH: Bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan fermentasi jus buah-buahan daripada buah nanas untuk digunakan pada tanaman sayur-sayuran di Jabatan Pertanian Bumbung Lima, Pulau Pinang.
 ?? ?? KESAN BURUK: Penggunaan racun kimia secara berleluasa di kawasan padi memberi kesan buruk kepada populasi serangga. Serangga ini mati dan masih berpaut pada tumbuhan sekitarnya.
MENGGANGGU: Spesimen rama-rama (Papilio demoleus) di seksyen entomologi (Queen Sirikit Botanic Garden, Thailand) yang mudah dijumpai di Asia boleh mengganggu pertumbuha­n buah sitrus dan kawalan secara manual perlu dilakukan.
KESAN BURUK: Penggunaan racun kimia secara berleluasa di kawasan padi memberi kesan buruk kepada populasi serangga. Serangga ini mati dan masih berpaut pada tumbuhan sekitarnya. MENGGANGGU: Spesimen rama-rama (Papilio demoleus) di seksyen entomologi (Queen Sirikit Botanic Garden, Thailand) yang mudah dijumpai di Asia boleh mengganggu pertumbuha­n buah sitrus dan kawalan secara manual perlu dilakukan.
 ?? ?? AGEN BIOLOGI: Kaedah pengawalan penyakit melalui penggunaan agen biologi iaitu melibatkan kulat dari Trichoderm­a spp. dalam mengawal Ganoderma spp. pada tanaman kelapa sawit yang telah dibuktikan melalui penyelidik­an di makmal dan rumah semaian.
AGEN BIOLOGI: Kaedah pengawalan penyakit melalui penggunaan agen biologi iaitu melibatkan kulat dari Trichoderm­a spp. dalam mengawal Ganoderma spp. pada tanaman kelapa sawit yang telah dibuktikan melalui penyelidik­an di makmal dan rumah semaian.
 ?? ?? ORGANIK: Inisiatif Universiti Maejo, Thailand semasa pameran pertanian dalam menggalakk­an pertanian lestari dengan menyediaka­n plot tanaman organik untuk dinilai oleh pengunjung tentang keberkesan­annya dan merupakan inisiatif memberi galakan kepada petani setempat.
ORGANIK: Inisiatif Universiti Maejo, Thailand semasa pameran pertanian dalam menggalakk­an pertanian lestari dengan menyediaka­n plot tanaman organik untuk dinilai oleh pengunjung tentang keberkesan­annya dan merupakan inisiatif memberi galakan kepada petani setempat.
 ?? ?? AGEN PENGHALAU: Penggunaan bawang putih sebagai salah satu agen penghalau serangga perosak daripada merosakkan tanaman turut diamalkan di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak (UPMKB).
AGEN PENGHALAU: Penggunaan bawang putih sebagai salah satu agen penghalau serangga perosak daripada merosakkan tanaman turut diamalkan di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak (UPMKB).
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia