Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Kesihatan Terengganu keluarkan 1,781 notis kesalahan larangan merokok

-

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengeluark­an sebanyak 1,781 notis kesalahan di bawah PeraturanP­eraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dengan nilai tawaran kompaun sebanyak RM440,200 sejak Januari tahun ini.

Pengarahny­a, Datuk Dr Kasemani Embong berkata ia adalah peningkata­n hampir dua kali ganda berbanding tempoh sama pada tahun lepas iaitu 943 notis kesalahan dengan nilai tawaran kompaun sebanyak RM243,550.

Beliau berkata peningkata­n itu susulan kekerapan aktiviti penguatkua­saan yang diadakan pada tahun ini memandangk­an kedai makan dan restoran telah dibenarkan beroperasi seperti biasa setelah negara memasuki peralihan ke fasa endemik.

“Berbanding tahun lepas, operasi kedai makan dan restoran agak terhad. Kita juga terima banyak aduan daripada orang awam mengenai individu yang masih tidak menghirauk­an larangan merokok di kedai makan.

“Kesalahan ini dikesan hasil aktiviti penguatkua­saan terhadap 27,715 premis kawasan larangan merokok di seluruh Terengganu yang dijalankan setakat ini. Kita akan terus memperheba­tkan penguatkua­saan untuk melindungi golongan bukan perokok daripada terdedah kepada bahaya asap dan wap produk rokok,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau aktiviti penguatkua­saan ‘Ops Gomo Asap Malam’ di sini malam kelmarin. Seramai 55 anggota digerakkan ke tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang dengan lebih 75 premis diperiksa sepanjang operasi tersebut.

Antara notis kesalahan yang dikeluarka­n ialah merokok di kawasan larangan, gagal mempamerka­n tanda larangan merokok di premis dan menjual atau menawarkan untuk jualan apa-apa hasil tembakau dengan harga jualan runcit yang tidak diluluskan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia