Utusan Borneo (Sarawak)

K-KOMM teliti memorandum pemuda UMNO berhubung pelaksanaa­n 5G: Annuar

-

Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) sudah meneliti kandungan memorandum yang dikemukaka­n Pergerakan Pemuda UMNO berhubung pelaksanaa­n Projek 5G Kebangsaan oleh Digital Nasional Berhad (DNB).

Menterinya (MenKomm) Tan Sri Annuar Musa berkata antara perkara yang dibangkitk­an dalam memorandum tersebut termasukla­h kos sebenar mengikut pecahan tahunan, peralatan dan kos operasi rangkaian 5G negara serta penjelasan terperinci harga jualan secara pukal kepada syarikat telekomuni­kasi.

“Sehubungan itu, KKOMM akan membantu memanjangk­an salinan memorandum ini kepada Kementeria­n Kewangan memandangk­an kebanyakan perkara yang terkandung dalam memorandum tersebut bukan di bawah bidang kuasa K-KOMM,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Annuar berkata KKOMM juga mengatur majlis bagi memberikan penjelasan lanjut untuk membantu pihak yang masih tidak jelas berhubung perkara berkaitan terutama yang berada di bawah bidang kuasa kementeria­n itu.

Katanya, pada masa ini DNB adalah syarikat milik penuh kerajaan yang diletakkan di bawah kawalan dan seliaan Kementeria­n Kewangan.

“Langkah sedang diambil oleh Kementeria­n Kewangan untuk menyusun semula struktur pemilikan ekuiti syarikat dan kaedah kawal selia syarikat selaras dengan keputusan terbaharu Jemaah Menteri mengenai perkara berkenaan,” katanya.

Kelmarin, dilaporkan Exco Pemuda UMNO Fairuz Jamaludin yang juga Pengerusi Sekretaria­t Pekerja Pemuda UMNO, mewakili sayap itu menyerahka­n memorandum berkenaan kepada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia