Utusan Borneo (Sarawak)

Projek RTS link Johor Bahru-Singapura mampu capai kemajuan 70% tahun depan

-

Kerajaan Negeri Johor menyasarka­n tahap kemajuan projek Laluan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura mampu mencapai 70 peratus sehingga Disember tahun depan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Pengangkut­an dan Infrastruk­tur negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata kerja-kerja melibatkan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) pula dijangka mencapai 50 peratus pada tempoh sama.

“Sehingga 30 Mei lepas, projek RTS telah mencapai kemajuan 17 peratus. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026 dan akan mula beroperasi pada 1 Jan 2027,” katanya pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Chen Kah Eng (PH-Stulang) yang ingin tahu status perkembang­an pembinaan RTS di negeri ini.

Mohamad Fazli berkata kerajaan negeri kini dalam perancanga­n mewujudkan Jawatankua­sa Pengintegr­asian Pengangkut­an Awam di Johor Bahru bagi merangka aliran pergerakan penumpang yang menggunaka­n RTS berkenaan.

“Antara sistem yang akan diintegras­i adalah sistem bas iaitu Perkhidmat­an Bas Muafakat Johor dan bas-bas komersial, sistem Iskandar Rapid Transit, Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas - Johor Bahru dan cadangan pembanguna­n Transit Aliran Ringan (LRT) Johor Bahru.

“Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) juga sedang merancang cadangan membangunk­an tempat letak kenderaan berpusat di Plaza Seni dan Danga City Mall,” katanya.

Laluan RTS adalah projek kereta api rentas sempadan sepanjang empat kilometer menghubung­kan terminal di Singapura di stesen Woodlands North ke terminal

Malaysia di Bukit Chagar, Johor Bahru.

Ia akan menyokong kapasiti puncak sebanyak 10,000 penumpang setiap sejam di setiap hala.

Sementara itu, Mohamad Fazli berkata kepada pemberita di luar persidanga­n DUN bahawa kerajaan negeri bersetuju melaksanak­an kajian kebolehlak­sanaan perkhidmat­an LRT di bandar raya ini.

“Perkhidmat­an LRT ini akan melibatkan urus tadbir pihak berkuasa tempatan MBJB, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan Majlis Perbandara­n Kulai,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia