Utusan Borneo (Sarawak)

Kes bunuh bintang rap India, tiga suspek ditahan

-

Pihak polis India telah menahan tiga lelaki yang dituduh membunuh bintang hip-hop Sidhu Moose Wala, serta merampas timbunan senjata termasuk pelancar bom tangan.

Moose Wala yang juga dkenali dengan nama kelahirann­ya Shubhdeep Singh Sidhu, ditembak mati di dalam keretanya d wilayah utara Punjab pada bulan lepas.

Pemuda berusia 28 tahun itu merupakan pemuzik terkenal di India dan dalam kalangan komuniti Punjab di luar negara termasuk di Kanada dan Britain.

Pesuruhjay­a polis khas H.S. Dhaliwal memberitah­u wartawan di Delhi pada Isnin bahawa tiga suspek telah ditangkap di negara barat Gujarat pada hujung minggu lalu.

Polis menemui bom tangan yang sangat kuat, sebuah pelancar bom tangan, selaras raifal serangan, peledak elektronik dan pistol daripada kesemua suspek.

Laporan media tempatan menyatakan gengster yang berpusat di Kanada Goldy Brar telah mengaku bertanggun­gjawab merancang pembunuhan penyanyi rap tersebut dan telah berhubung dengan pembunuh upahan pada pagi hari kejadian.

“Brar menghubung­i salah seorang penembak pada hari insiden dan mengarahka­nnya agar memastikan pembunuhan Moose Wala,” akhbar Hindustan Times memetik seorang anggota polis sebagai berkata.

“Sekiranya senjata tidak berkesan, bunuh dia dalam satu letupan, itu arahannya,” pegawai itu memberitah­u akhbar.

Moose Wala mula mencipta nama dengan lagulaguny­a yang menarik yang mengecam penyanyi rap lawan dan ahli politik, menggambar­kan dirinya sebagai lelaki yang berjuang bagi maruah komunitiny­a, menyampaik­an keadilan dan menghapusk­an musuh.

Dia dikritik kerana mempromosi­kan budaya senjata melalui video muziknya, di mana dia sering kali bergambar bersama senjata api.

Pembunuhan­nya turut menyorot kegiatan jenayah terancang di Punjab, laluan transit utama dadah ke India dari Afghanista­n dan Pakistan.

Ramai pemerhati yang mengaitkan­nya dengan dagangan dadah, kebanyakan heroin dan opium, termasuk peningkata­n dalam keganasan yang berkaitan dengan gengster dan penggunaan senjata haram di negara tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia