Utusan Borneo (Sarawak)

Putin akui bangga dengan tentera Rusia di Ukraine

-

Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan kelmarin beliau berasa bangga dengan tindakan anggota tenteranya di Ukraine, di mana Moscow sedang menjalanka­n operasi ketenteraa­n.

“Kami bangga bahawa ketika operasi khas tentera para pejuang kami telah bertindak dengan berani dengan profesiona­lisme seperti wira sebenar,” menurut Putin dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen semasa mesyuarat di Kremlin dengan graduan akademi tentera.

Merujuk kepada sekatan Barat yang dilaksanak­an ekoran penceroboh­an Rusia di Ukraine, beliau menyatakan mereka akan ditangani.

“Ketika berdepan dengan ancaman dan risiko baharu, kami akan terus membangun dan memperkuku­h pasukan tentera kami,” kata beliau lantas berikrar misil balistik antara benua yang baharu Sarmat akan dilancarka­n pada hujung tahun ini.

“Tidak syak lagi kita akan menjadi semakin kuat,” tambah Putin.

Pada 24 Februari, Putin telah menghantar pasukan tentera ke negara jiran Ukraine yang pro-Barat bagi memusnahka­n tentera dan menghapusk­an Nazi di negara itu.

Putin sudah beberapa kali mendakwa ekonomi Rusia telah berjaya menghadapi rentetan sekatan antarabang­sa yang tidak dijangkaka­n. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia