Utusan Borneo (Sarawak)

Gempa kuat gegar timur Taiwan: USGS

-

Satu gempa bumi sekuat 6.0 magnitud berlaku pada Isnin lepas di bahagian timur Taiwan, 38 kilometer di selatan bandar Hualien, menurut US Geological Survey (USGS).

Setakat ini tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kecederaan.

Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman anggaran 10 kilometer, menurut kepada USGS, dan berlaku pada jam 9.05 pagi waktu tempatan.

Satu bahagian kawasan tepi tasik yang tenang tiba-tiba mula bergegar dengan kuat ketika tanah mula bergerak telah dipaparkan dalam Facebook sebuah taman negara di Hualien.

“Ini benar-benar satu gempa bumi yang sangat besar!

:Harap semua orang selamat!” menurut kapsyen yang tertulis, sambil menambah rakaman itu telah diambil kamera yang terdapat di taman itu.

Seorang wartawan AFP di Taipei mendakwa turut merasakan gegaran dan media tempatan menyatakan gempa bumi itu dirasai d sekitar pulau.

Perkhidmat­an Taipei Metro dihentikan seketika ketika ia berlaku, menurut kepada seorang penumpang, sebelum diteruskan dengan kelajuan dikuranagk­an bagi beberapa perhentian.

Gegaran kedua yang lebih kecil berlaku kira-kira setengah jam kemudian, menurut Biro Cuaca Pusat Taiwan.

“Di kawasan ini (di mana gempa bumi berlaku hari ini) hanya terdapat dua gempa bumi di atas aras 6.0 magnitud sejak 1990 dan satu lagi hampir kepada 6.0 magnitud,” Chen Kuo-chang, ketua Pusat Seismologi Biro Cuaca Pusat di Taiwan, berkata dalam satu sidang media.

“Gegaran yang paling cetek adalah pada hari ini dan kami fikir ia mungkin dikaitkan dengan aktiviti retakan,” tambah beliau.

Beliau menyatakan biro cuaca tidak menolak lebih banyak gegaran susulan di atas 5.0 magnitud dalam masa dua hari akan datang.

Taiwan sering dilanda gempa bumi ketika pulau itu terletak berhampira­n pertembung­an dua plat tektonik.

Pulau tersebut tidak mengeluark­an amaran tsunami melainkan gempa bumi tersebut lebih 7.0 magnitud.

Sebahagian gempa bumi sekuat 6.0 atau lebih boleh terbukti berbahaya, walaupun banyak bergantung kepada lokasi dan kedalamann­ya.

Namun USGS memberikan satu kedudukan hijau terhadap ancaman gempa bumi terbaharu, meramalkan kemungkina­n rendah bagi kematian atau kerosakan.

Chen menyatakan kebanyakan gempa bumi melebihi 6.0 magnitud telah direkodkan pada 1999, sekitar 13 kes.

Tahun tersebut Taiwan telah dilanda gempa bumi paling teruk dengan kekuatan 7.6-magnitud pada September yang mengorbank­an lebih 2,400 orang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia