Utusan Borneo (Sarawak)

Restoran terapung Hong Kong karam

-

Restoran Terapung Jumbo, destinasi menjamu selera terbesar di dunia, karam di Laut China Selatan beberapa hari selepas ditunda dari pelabuhan Hong Kong setelah hampir setengah abad berlabuh di situ.

Restoran terapung tiga tingkat setinggi 260 kaki itu mempunyai rekaan unik seperti istana empayar China, berlabuh di pelabuhan Aberdeen selama 46 tahun sebelum ditunda minggu lalu, menurut United Press Internatio­nal (UPI).

Pemiliknya, yang menutup restoran itu semasa pandemik COVID-19 pada 2020 selepas menanggung kerugian lebih AS$13 juta, mengakui amat sedih dengan insiden itu.

Menurut syarikat induk Jumbo King, bot itu terbalik pada Sabtu selepas cuaca buruk berhampira­n Kepulauan Parcel dan tenggelam pada kedalaman lebih 3,000 kaki.

Kedalaman air di tempat kejadian melebihi 1,000 meter, menyukarka­n kerja-kerja menyelamat, lapor UPI memetik kenyataan Aberdeen Restaurant Enterprise­s.

Tiadaanakk­apalyangce­dera. Restoran Terapung Jumbo dibuka pada 1976 dan terkenal dengan hiasan tradisiona­l Cina serta hidangan makanan laut istimewa yang menarik pelancong dari seluruh dunia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia