Utusan Borneo (Sarawak)

‘Pablo Escobar’ Brazil ditahan di Hungary

-

RIO DE JANEIRO: Seorang pengedar dadah yang digelar Pablo Escobar Brazil telah diberkas di Hungary kelmarin selepas berada dalam buruan selama lebih setahun, menurut polis di negara Amerika Selatan itu.

Sergio Roberto de Carvalho, hanya dikenali sebagai ‘Datuk Bandar Carvalho’, telah ditangkap dengan kerjasama Interpol dan polis Hungary, menurut Polis Persekutua­n Brazil dalam satu kenyataan, menyatakan dia sebagai salah seorang pengedar antarabang­sa terbesar.

Menurut kepada media Brazil, Carvalho adalah bekas anggota polis yang telah lama menetap di Eropah dengan identiti palsu.

Dia telah ditangkap di Sepanyol namun selepas menjelaska­n ikat jamin, memalsukan kematianny­a akibat COVID-19 pada 2020 lalu melenyapka­n diri, lapor TV Globo pada tahun lepas.

Kenyataan polis menyatakan lebih 500 juta reais (kira-kira AS$100 juta) telah dirampas daripada pertubuhan jenayah yang diketuai Carvalho. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia