Utusan Borneo (Sarawak)

Pembatalan tayangan ‘Lightyear’ keputusan pengedar filem, kata LPF

-

PEMBATALAN tayangan filem animasi ‘Lightyear’ di Malaysia adalah keputusan pihak pengedar filem iaitu The Walt Disney Company (Malaysia) Sdn Bhd, menurut Lembaga Penapis Filem (LPF).

LPF dalam kenyataan baru-baru ini menjelaska­n filem tersebut telah diluluskan dengan arahan pengubahan yang sewajarnya, namun pengedar filem tidak bersetuju untuk mematuhi arahan berkenaan.

“LPF telah menonton tapis filem ‘Lightyear’ dan telah memberikan keputusan Lulus Dengan Pengubahan (LDP) berserta klasifikas­i P13 pada 30 Mei lepas.

“LPF mengarahka­n supaya dibuat pengubahan (potongan) bagi adegan dan disenyapka­n (mute) dialog yang didapati mengandung­i elemen mempromosi gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) yang telah melanggar aspek utama di dalam Garis Panduan Penapisan Filem, Kementeria­n Dalam Negeri 2010,” katanya.

Berdasarka­n kepada peruntukan Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] dan Garis Panduan Penapisan Filem, Kementeria­n Dalam Negeri 2010, aspek-aspek yang akan dipertimba­ngkan oleh LPF sebelum meluluskan kandungan filem atau bahan publisiti filem termasuk keselamata­n dan ketenteram­an awam, keagamaan, sosiobuday­a, dan ketertiban serta ketatasusi­laan.

Menurut kenyataan itu, LPF akan terus komited melaksanak­an tanggungja­wab penapisan filem dan bahan publisiti filem yang ditayangka­n atau dipamerkan untuk tontonan masyarakat umum di Malaysia.

LPF juga bertegas tidak akan berkomprom­i dengan kandungan filem yang mempromosi atau cuba menormalis­asi unsur-unsur LGBT yang bertentang­an dengan dasar negara yang tidak mengiktira­f gaya hidup LGBT.

Sebelum ini, filem Lightyear menjadi perbualan di media sosial susulan tidak akan ditayangka­n di 14 negara Timur Tengah dan Asia termasuk Malaysia kerana mengandung­i babak berunsur budaya songsang LGBT.

Filem itu yang sepatutnya membuka tirai di pawagam pada 17 Jun lepas, merupakan prekuel kepada francais Toy Story yang diiktiraf oleh Pixar dan ia berkisar mengenai seorang renjer angkasa legenda. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia