Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki warga tempatan mati mengejut dalam tahanan

-

Seorang tahanan polis warga tempatan mati mengejut pada Isnin lepas ketika menerima rawatan di Hospital Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata lelaki berumur 39 tahun itu telah ditahan di Lokap Berpusat Shah Alam pada 15 Jun bagi siasatan di bawah Sekyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).

Beliau berkata pada hari yang sama, lelaki berkenaan cuba menggantun­g diri di lokap tersebut, namun telah diselamatk­an dan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan. Sekitar jam 5.40 petang pegawai perubatan telah mengesahka­n bahawa lelaki itu telah meninggal dunia di hospital tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia