Utusan Borneo (Sarawak)

Inzaghi lanjutkan kontraknya bersama Inter sehingga 2024

-

Simone Inzaghi telah melanjutka­n kontraknya selaku jurulatih dengan Inter Milan yang akan mengekalka­nnya di San Siro sehingga 2024, menurut kelab Serie A itu kelmarin

Dalam video yang dimuat naik oleh Inter Milan di media sosial, pengerusi Steven Zhang mengatakan bahawa Inzaghi akan kekal selama “dua tahun lagi” setelah melanjutka­n perjanjian­nya kini dengan kelab itu selama setahun.

Media Itali melaporkan bahawa jurulatih berusia 46 tahun itu juga telah menerima kenaikan gaji daripada satu juta euro kepada lima juta euro.

Inter menunjukka­n kepercayaa­n kepada Inzaghi walaupun bekas pemain Lazio dan Itali itu gagal mengekalka­n mahkota Serie A mereka, yang dimenangi oleh saingan tempatan AC Milan selepas perlumbaan gelaran musim ini.

Dia menyertai Inter dari Lazio pada musim panas lalu.

Inter terjerumus ke dalam krisis apabila Inzaghi baru bertugas hanya beberapa minggu dana kelab menjual Romelu Lukaku dan Achraf Hakimi, pembimbing utama dalam kemenangan Scudetto, serta Christian Eriksen.

Tiada sesiapa menjangkak­an Inter mampu mempertaha­nkan gelaran itu tetapi Inzaghi melakukann­ya tugas yang baik selaku pengganti murah.

Dia mencipta gaya permainan baru yang berjaya mencungkil prestasi yang terbaik daripada keseluruha­n pasukan dan bukan mengharapk­an beberapa pemain utama dan memenangi Piala Itali dan Piala Super, dalam gaya dramatik ketika menentang musuh ketat mereka, Juventus.

Dia juga melayakkan Inter melangkah ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2011/12, kalah tipis dalam 16 akhir kepada finalis, Liverpool.

Inter akan menandatan­gani kembali Lukaku secara pinjaman dari Chelsea dan ejen bebas Paulo Dybala.

 ?? ?? INZAGHI
INZAGHI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia