Utusan Borneo (Sarawak)

Aaron-Wooi Yik sasar gelaran antarabang­sa pertama di Terbuka Malaysia

-

Beregu badminton lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyasarka­n untuk meraih kejuaraan pertama di kejohanan antarabang­sa pada Terbuka Malaysia 2022 yang akan berlangsun­g di Axiata Arena di Bukit Jalil dari 28 Jun hingga 3 Julai ini.

Pasangan ranking keenam dunia itu yang menamatkan kemarau 16 tahun Malaysia merangkul pingat emas beregu lelaki pada Sukan SEA 2019 di Filipina, kini rancak mengatur strategi terbaik bagi merealisas­ikan impian itu di hadapan penyokong sendiri.

“Sebenarnya setiap kejohanan kita rasa ini kalilah (juara) tetapi berkali-kali tak sampai lagi. Kita tetap akan cuba…bukan senang mahu menang tetapi itulah kita kena tempuh secara berperingk­at,” kata Aaron kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara di sini, semalam.

Beraksi di laman sendiri, pemain berusia 25 tahun itu berkata mereka mengharapk­an sokongan daripada peminat badminton tanah air untuk dijadikan motivasi bagi menampilka­n persembaha­n cemerlang di kejohanan tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia