Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan Gusti Lengan Sarawak lepasi jangkaan

-

Pasukan Gusti Lengan Sarawak berjaya melepasi jangkaan dengan mengutip enam pingat emas, 11 perak dan dua gangsa pada Kejohanan Gusti Lengan Asia AFA di Kuala Lumpur, pada 18 dan 19 Jun lalu.

Jurulatih dan peserta, Dominic Johnny memberitah­u seramai 11 atlet pasukan Sarawak mewakili Malaysia sebenarnya hanya menyasarka­n dua hingga tiga pingat emas sahaja.

“Kami menentang peserta terbaik dari India, Vietnam, Singapura, Indonesia dan Korea Selatan dan menjangkak­an saingan itu sangat sengit.

“Kebanyakan atlet gusti lengan Sarawak masih muda dan kami bertuah kerana dapat memberi saingan terbaik kepada atlet-atlet dari negara lain.

“Tidak disangka mereka cemerlang pada pertemuan itu di mana daripada 11 atlet, 10 daripadany­a berjaya menangi pingat untuk negara,” katanya ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) di sini kelmarin.

Menurutnya, atlet gusti lengan terutamany­a atlet-atlet remaja mendapat banyak pendedahan daripada kejohanan benua itu.

Atlet gusti lengan harapan, Acho Prince Kee dan Jong Chi Joon menunjukka­n keputusan paling cemerlang pada kejohanan tersebut.

“Abigail Kee Zing dan Bernice Gan Siew turut membanggak­an Sarawak dan Malaysia dengan meraih dua pingat emas dalam kategori masing-masing.

“Abigail memenangi wanita senior 78kg tangan kanan dan wanita senior 78kg ke atas tangan kiri manakala Bernice menang dalam kategori 78kg wanita senior tangan kiri dan 78kg wanita senior tangan kanan.

Pingat emas lain diraih oleh atlet gusti lengan veteran, Kenny Choo Liong (lelaki master 70kg tangan kanan) dan Acho Prince (remaja lelaki 86kg tangan kanan).

Manakala pingat perak disumbangk­an oleh Muhd Nur Shyefful Hafiz (senior lelaki melebihi 105kg tangan kanan dan kiri), Jong Chi Choon (senior lelaki 78kg tangan kanan), Rengga Ansok (senior lelaki 86kg tangan kanan dan kiri), Kenny Choo (lelaki master 70kg tangan kiri), Bonnyface Ronny Ajak (remaja lelaki 63kg tangan kiri), Acho Prince (junior lelaki 86kg tangan kiri) dan Tracey Edwina Hughes (wanita ke atas 78kg tangan kanan dan kiri).

Dominic Johnny (senior lelaki 70kg tangan kanan) dan Bonnyface Ronny (remaja lelaki 63kg tangan kanan) mengutip gangsa manakala Mohd Shafiq Abdullah di tempat keempat dalam lelaki senior 70kg tangan kiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia