Utusan Borneo (Sarawak)

LAWATAN SAMBIL BELAJAR:

- Mohd Bohari — Sumbangan

Seramai 29 ketua masyarakat dan ketua kaum bagi Kawasan Demak Laut di Kuching yang diketuai oleh Penghulu Alli Matsah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka, barubaru ini. Turut serta ialah Pegawai Daerah Kuching Awang Yusuf Awang Mosthapa, Pegawai Tadbir Sarawak Suraijah Zainol dan Pembantu Pegawai Tadbir Ismail Abu. Semasa di Kuala Lumpur, rombongan melawat bangunan Parlimen dan mengunjung­i Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undangunda­ng) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Selain itu, rombongan juga melawat Rumah Sarawak dan disambut oleh Pegawai Perhubunga­n dan Penyelaras Rumah Sarawak Awang Supian Awang Daud. Menurut rombongan tersebut lawatan berkenaan bertujuan menambah ilmu dan mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara ketua masyarakat dan ketua kaum dengan orang kenamaan dan pegawai kerajaan di Semenanjun­g.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia