Utusan Borneo (Sarawak)

PSG sangkal ada bercakap dengan Zidane

-

PARIS: Presiden Paris SaintGerma­in (PSG) Nasser AlKhelaifi menegaskan dia “tidak pernah bercakap” dengan Zinedine Zidane tentang menjadi jurulatih ketika bercakap dalam satu temu bual yang diterbitka­n oleh berita harian Perancis, Le Parisien kelmarin, mengatakan kelab itu telah “membuat pilihan lain”.

“Kami tidak pernah bercakap dengannya, sama ada secara langsung, atau tidak langsung,” kata Al-Khelaifi, tanpa menolak bahawa pasukan Qatar lain pernah mendekati bekas bintang Perancis itu.

“Apabila saya mengatakan ‘kami’, ia PSG. Saya presiden PSG dan saya tidak pernah bercakap dengannya.”

Wakil Qatar itu berkata bahawa kelab itu berminat untuk menuju ke arah yang berbeza.

“Kami memilih jurulatih yang akan menjadi yang terbaik untuk perancanga­n kami,” kata Al-Khelaifi.

 ?? ?? ZIDANE
ZIDANE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia