Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat ditemui terapung di Batang Rajang

-

SARIKEI: Satu mayat lelaki tanpa identiti telah ditemui terapung di Batang Rajang, petang kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata, mayat lelaki terbabit telah ditemui terapung oleh orang awam yang melalui lokasi tersebut sekitar jam 2.40 petang, tidak jauh dari Terminal 2 Sarikei.

“Berikutan penemuan tersebut, orang awam terbabit terus bertindak memakumkan penemuan itu kepada pihak Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS).

“Pada masa yang sama juga, pihak LSS turut memaklumka­n penemuan tersebut kepada pihak bomba.

“Sejurus menerima maklumat tersebut, lima anggota bomba terus dikerahkan ke lokasi terbabit dan bergerak ke lokasi penemuan dengan menggunaka­n sebuah bot milik orang awam untuk membawa mayat tersebut ke tebing sungai,” kata Mahmudin kepada media di sini, semalam.

Pada masa yang sama juga, kata Mahmudin, pihak bomba turut memaklumka­n penemuan mayat tersebut kepada pihak polis.

Katanya, hasil pengecaman awal mengesahka­n mayat tersebut adalah seorang lelaki dan tiada sebarang pengenalan diri ditemui padanya.

“Setelah berjaya dibawa ke tebing sungai, mayat tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a,” jelas Mahmudin.

 ?? ?? MENGEJUTKA­N: Anggota bomba mengusung mayat yang ditemui di Batang Rajang, petang kelmarin.
MENGEJUTKA­N: Anggota bomba mengusung mayat yang ditemui di Batang Rajang, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia