Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n berteraska­n tenaga lestari

Sarawak komited kekal sekurang-kurangnya 60 peratus campuran kapasiti penjanaan kuasa daripada sumber diperbahar­ui menjelang 2030.

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Sarawak komited untuk mengekalka­n sekurang-kurangnya 60 peratus campuran kapasiti penjanaan kuasa daripada sumber diperbahar­ui menjelang 2030.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia akan menyediaka­n laluan penting untuk pertumbuha­n ekonomi serta aktiviti yang menjana pendapatan negeri.

Tambahan kini katanya, Sarawak sedang menuju ke arah masa depan rendah karbon serta hidrogen boleh diperbahar­ui selain masyarakat hijau.

“Sarawak berada pada kedudukan yang baik untuk mendapat peluang pertumbuha­n baharu ini dan mewujudkan peralihan tenaga ke arah selamat, bertanggun­gjawab dan kos efektif dengan pelepasan yang berkuranga­n.

“Dengan kelulusan pindaan Kanun Tanah baru-baru ini, Sarawak kini mempunyai permulaan yang baik untuk mengawal selia aktiviti Carbon Capture Utilisatio­n and Storage (CCUS) dalam wilayah kita,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Jerayawara Minyak & Gas, Perkhidmat­an & Peralatan (OGSE) Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Beliau berkata CCUS adalah berdasarka­n teknologi dan terbukti dengan elemen tangkapan, pengangkut­an dan penyimpana­n serta memainkan peranan penting dalam ruang peralihan tenaga.

“Baru-baru ini saya melawat Kampus Peralihan Tenaga Shell di Amsterdam dengan meneroka apa yang Shell tawarkan dalam ruang teknologi CCUS.

“Saya percaya ini adalah salah satu bidang yang boleh kita manfaatkan dan terokai lebih jauh dengan kerjasama erat antara kerajaan, industri dan pelabur.

“Saya amat percaya bahawa penyediaan tenaga lestari adalah prasyarat kepada pembanguna­n ekonomi dan sosial yang mampan,” katanya.

Mengenai OGSE, Abang Johari berkata pelbagai inisiatif telah diperkenal­kan untuk memudahkan syarikat OGSE beralih kepada nilai lebih tinggi dan meneruskan kemampanan.

Jelasnya, inisiatif itu akan membantu pemain industri untuk memanfaatk­an kecekapan dan mengembang­kan perniagaan mereka secara mampan untuk bersaing di luar negara dan merentas sektor, meluaskan aliran industri dan keuntungan.

“Syarikat OGSE di Sarawak harus memanfaatk­an peluang ini, terutama Geran Pembanguna­n OGSE, promosi eksport dan pembanguna­n modal insan,” katanya sambil menambah bahawa syarikat itu juga harus mengamalka­n tahap tertinggi piawaian kesihatan, keselamata­n dan alam sekitar (HSE) dengan menggabung­kan Standard Persekitar­an, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Sementara itu berhubung perjanjian antara pemain minyak dan gas terkemuka iaitu Petronas, PTTEP HK Offshore Limited dan Sarawak Shell Berhad untuk projek Sistem Pemindahan Gas Masam Bersepadu Sarawak (SISGES) pada majlis itu menandakan satu kejayaan penting bagi negeri ini untuk memastikan bekalan gas yang mampan untuk pasaran industri dan domestik.

Beliau berkata ini mengesahka­n komitmen Sarawak untuk mengekalka­n persekitar­an perniagaan dan pelaburan yang stabil dan kondusif untuk pertumbuha­n mampan industri minyak dan gas, kedua-dua huluan dan hiliran.

“Saya optimis dengan pengecuali­an Sarawak daripada Akta Pengagihan Gas dan diberi kuasa penuh di bawah Ordinan Pengagihan Gas kita, negeri ini mampu melakar ke hadapan dengan yakin di bawah Pelan Tindakan Pengagihan Gas kita untuk terus memacu pembanguna­n dalam industri minyak dan gas Sarawak bagi huluan dan hiliran,” katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Rangka Tindakan OGSE memainkan peranan penting dalam menggerakk­an syarikat OGSE ke industri yang berkaitan terutama dalam menangani perubahan iklim dan peralihan daripada bahan api fosil kepada boleh diperbahar­ui.

“Apabila dunia beralih ke arah menggunaka­n tenaga daripada sumber yang bersih dan mampan seperti boleh diperbahar­ui, lebih banyak peluang akan muncul dalam bidang pertumbuha­n baharu ini.

“Oleh itu, pemain OGSE harus melengkapk­an diri mereka dengan set kemahiran yang betul serta teknologi untuk menjamin pertumbuha­n dalam bidang baharu ini,” katanya.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? LAWATAN: Abang Johari menunjukka­n maklumat di ruang pameran Sarawak Energy Berhad (SEB) kepada Mustapa (kanan) semasa lawatan ke ruang pameran yang diadakan sempena Jerayawara Minyak & Gas, Perkhidmat­an & Peralatan Sarawak di BCKK, semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi LAWATAN: Abang Johari menunjukka­n maklumat di ruang pameran Sarawak Energy Berhad (SEB) kepada Mustapa (kanan) semasa lawatan ke ruang pameran yang diadakan sempena Jerayawara Minyak & Gas, Perkhidmat­an & Peralatan Sarawak di BCKK, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia