Utusan Borneo (Sarawak)

Harga ayam di Sarawak tidak melebihi RM11 sekg

-

KUCHING: Harga ayam di Sarawak tidak akan melebihi RM11 sekilogram apabila kawalan harga siling ayam tidak diteruskan mulai 1 Julai ini, kata Persatuan Penternak Binatang Peliharaan Sarawak (SLBA).

Penasihat SLBA Lee Jin Chiaw berkata, terdapat pakatan dengan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tidak menyemak harga secara drastik.

“Harga siling ayam ialah RM9.10 dan apabila kawalan harga siling tidak lagi dikuatkuas­akan, kami tidak akan menjualnya melebihi RM11.

“Ini yang dipersetuj­ui bersama KPDNHEP dan tindakan akan diambil terhadap kami jika harga ayam terlalu tinggi,” katanya ketika dihubungi The Borneo Post di sini, semalam.

Menurut Lee, kerajaan telah memberi subsidi kepada penternak ayam sehingga RM1.40 sekilogram sejak penguatkua­saan kawalan harga siling.

Apabila subsidi ditarik balik mulai 1 Julai, beliau mengakui penternak ayam akan berhadapan kesusahan.

Bagaimanap­un, beliau berkata persatuan itu tidak pernah memihak kepada mekanisme subsidi, selain berkata harga ayam harus mengikut kuasa pasaran.

“Kami tidak mengatakan bahawa subsidi kerajaan tidak baik, tetapi penternaka­n ayam sudah menjadi industri matang di Malaysia dan telah mencapai tahap sara diri.

“Malaysia memang mengimport ayam, tetapi hanya kepak ayam dan paha. Ia dianggap sebagai makanan anjing di beberapa negara luar.

“Kerajaan kita membenarka­n pengimport­an kepak ayam dan paha untuk memenuhi kehendak tempatan tetapi ini diistilahk­an sebagai makanan ringan oleh pengekspor­t tersebut,” katanya.

Beliau berkata kepak ayam import dan paha secara relatifnya lebih murah dan ada yang dijual pada harga RM1 hingga RM1.20 sekilogram kerana ia adalah produk tidak diingini negara pengekspor­t.

“Malah ia lebih memburukka­n lagi keadaan kerana ia tidak meningkatk­an daya saing kami,” katanya.

Lee berkata penternak ayam akan bertahan selepas subsidi namun beliau menegaskan kerajaan mesti memerangi penyeludup­an ayam supaya industri ini boleh berkembang.

Tambah Lee juga, harga makanan ayam juga telah melambung tinggi sejak Februari.

“Makanan ayam kini berharga RM3,000 satu tan berbanding dahulu, iaitu RM1,500 satu tan. Harga ini terus melonjak antara RM60 dan RM80 satu tan sebulan.

“Ini hanyalah sebahagian daripada peningkata­n kos operasi dan masih belum termasuk kesan gaji minimum baharu,” katanya.

Pada Selasa, Menteri KPDNHEP Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata kawalan harga siling ayam antara yang tidak akan diteruskan mulai 1 Julai.

Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan bekalan makanan di pasaran lebih stabil dan harga stabil dalam jangka panjang.

Selain itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini juga mengumumka­n Putrajaya akan menghentik­an pemberian subsidi kepada penternak ayam mulai 1 Julai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia