Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pekerja disabit bunuh ahli perniagaan dihukum mati

-

MIRI: Seorang bekas pekerja di sebuah syarikat subkontrak­tor dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam setelah didapati bersalah membunuh seorang ahli perniagaan, tiga tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Duncan Sikodol setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh dalam kes ini.

Ketika membacakan keputusann­ya Duncan berkata, setelah perbicaraa­n penuh dilakukan dengan memanggil saksi-saksi dan mempertimb­angan semua keterangan yang dikemukaka­n dalam kes ini secara keseluruha­n termasuk pembelaan, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah membuktika­n kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh.

“Mahkamah juga berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

“Justeru, mahkamah mendapati tertuduh bersalah seperti yang didakwa dan mensabitka­nnya dengan sewajarnya.

“Tertuduh dijatuhi hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 277 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya.

Zulfaldy Shafieq Ali, 29, dari Taman Desa Viana, Jalan Bakam di sini, telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh melakukan pembunuhan hingga menyebabka­n kematian Tang Kee Luang, 60.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.25 petang hingga 2.54 petang, 29 Jun 2019 di sebatang jalan tidak bernama menuju masuk ke Maritime Training Centre Sdn Bhd (SMTC) berdekatan pantai Batu 1, Kuala Baram di sini.

Seramai 21 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan termasuk tertuduh sendiri telah dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraa­n kes ini.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Sofia S. Sawayan manakala tertuduh diwakili peguam bela Ranbir Singh.

Dalam kejadian pada 29 Jun 2019 itu, seorang anak mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Lutong.

Dalam aduannya, pengadu mendakwa sekitar jam 2.30 petang hari tersebut ketika berada di sebuah premis di Pasar Lutong, dia menyedari bapanya Tang Kee Luang, 60, telah keluar kerja dengan menaiki sebuah lori bernombor pendaftara­n QSK6618 dan sehingga laporan polis dibuat, bapanya masih belum pulang ke rumah dan gagal dihubungi melalui telefon bimbitnya.

Pada 2 Julai 2019, orang awam telah menjumpai mayat separuh badan dari paras pinggang ke kaki terapung di Sungai Suai dan hasil ujian DNA mendapati ia positif dengan mangsa.

Bertindak atas maklumat diterima, pada 15 Ogos 2019, polis telah menangkap enam individu termasuk tertuduh di beberapa lokasi berasingan di sini kerana disyaki terlibat kes ini.

Bagaimanap­un, lima lagi suspek termasuk majikan tertuduh diperintah­kan mahkamah supaya dibebas dengan jaminan polis dan dipanggil sebagai saksi pendakwaan.

 ?? ?? HUKUM GANTUNG: Tertuduh (tunduk) dikawal ketat oleh polis sebaik tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Miri semasa sebutan pertama kes pada 29 Ogos 2019.
HUKUM GANTUNG: Tertuduh (tunduk) dikawal ketat oleh polis sebaik tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Miri semasa sebutan pertama kes pada 29 Ogos 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia