Utusan Borneo (Sarawak)

Cawangan keempat pusat belibelah Farley dibuka di Kuching

-

KUCHING: Pusat beli-belah Farley Kuching yang menjanjika­n pengalaman membeli-belah yang terbaik dengan harga yang berpatutan dibuka secara rasminya semalam.

Pengarah Kumpulan Farley Eiseng Lau berkata, pembukaan pusat beli-belah tersebut yang berkeluasa­n lebih 25,000 meter persegi merupakan cawangan keempatnya di negeri ini selepas di Bintulu, Sibu dan Kota Samarahan.

Katanya, terdapat pelbagai premis perniagaan dibuka termasuk pasar raya Farley sendiri, kedai roti, kedai menjual pakaian, kasut, peralatan rumah serta terdapat medan selera luas dan menyediaka­n pelbagai pilihan makanan kepada pelanggan.

“Berkhidmat kepada masyarakat setempat sentiasa menjadi amalan kami sejak 30 tahun lalu, justeru kami berbesar hati kerana dapat membantu penduduk tempatan terutama dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan menawarkan barangan pada harga yang sangat berpatutan.

“Dengan adanya pusat belibelah ini, diharapkan kami dapat memberi pengalaman membeli-belah yang selesa dan berkualiti tinggi kepada semua pelanggan kami,” katanya semasa berucap sempena Majlis Pembukaaan Secara Rasmi Farley Kuching, semalam.

Upacara pembukaan rasmi tersebut disempurna­kan Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian dengan turut dihadiri Menteri Pembanguna­n Wanita, KanakKanak dan Kesejahter­aan Komuniti (KPWK) Dato Sri Fatimah Abdullah

Eiseng dalam ucapannya turut mengumumka­n Kumpulan Farley memutuskan untuk menjadi rakan kongsi strategik inisiatif Kenyalang Gold Card (KGC) dengan menawarkan diskaun dan rebat kepada pemegang kad.

Bagaimanap­un, ia masih lagi dalam proses perbincang­an dengan kerajaan negeri dan diharapkan dapat dilaksanak­an dalam masa terdekat.

“Pemegang KGC akan dapat menikmati diskaun antara lima hingga 10 peratus untuk barangan terpilih di semua cawangan Farley di seluruh Sarawak dan ahli KGC juga boleh mendaftar sebagai Ahli Farley secara percuma,” katanya.

Sementara itu, Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengucapka­n tahniah kepada Kumpulan Farley atas kejayaan membuka Farley Kuching.

“Ia bukan sahaja pusat sehenti, ia adalah untuk semua orang dalam keluarga.

“Orang tua juga akan mempunyai tempat untuk duduk dan berbual, bergosip untuk merangsang otak selepas dua tahun berkurung (Perintah Kawalan Pergerakan) agar tidak mengalami kemurungan,” katanya.

Beliau selain itu juga mengajak semua rakyat di negeri ini untuk bersama-sama memainkan peranan dalam Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“Rakyat Sarawak harus proaktif dan bukan hanya ‘tengok saja’, tetapi mengambil tempat untuk bersama-sama menjadikan Sarawak sebuah negeri yang makmur, keterangku­man sosial dan alam sekitar yang mampan menjelang 2030,” katanya.

Kumpulan Farley turut menyampaik­an sumbangan kepada lapan organisasi iaitu Gereja Faith Methodist, Kuching Palliative Associatio­n, Masjid Kampung Haji Baki, Sarawak Children Cancer Society, Siong Tau Methodist Church, SMK Penrissen No. 1, St Alban Chapel Sungai Tapang dan SMK Chung Hua Batu 10.

Hadir sama ialah Pengurus Kumpulan Farley Lau Siew Whye, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk Wee Hong Seng, Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan Datuk Peter Minos, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Dato Khirudin Drahman dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superinten­den Merbin Lisa.

 ?? — Gambar Mohd Rais Sanusi ?? RASMI: (Dari kiri) Eiseng, Siew Whye, Dr Sim, Fatimah dan Wee menekan butang sebagai simbolik pembukaan rasmi Farley Kuching.
— Gambar Mohd Rais Sanusi RASMI: (Dari kiri) Eiseng, Siew Whye, Dr Sim, Fatimah dan Wee menekan butang sebagai simbolik pembukaan rasmi Farley Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia