Utusan Borneo (Sarawak)

DBP Cawangan Sarawak usahakan pemulihara­an khazanah sastera peribumi Sarawak

-

KUCHING: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak sedang mengusahak­an langkah pemulihara­an khazanah bangsa terutama khazanah sastera peribumi negeri Sarawak.

Pengarahny­a Abang Haliman Abang Julai berkata, bagi tujuan itu sebanyak 951 judul cerita rakyat pelbagai kaum kini tersimpan dalam Koleksi Borneo dalam bentuk kaset sedang diusahakan untuk ditukar menjadi digital dalam format MP3.

DBP Cawangan Sarawak katanya, turut menerbitka­n beberapa buku sastera lisan pelbagai kaum hasil daripada Peraduan Menulis Cerita Rakyat dan hasil kajian lapangan di beberapa tempat di sekitar Sarawak.

Selain itu, DBP Cawangan Sarawak juga terlibat secara langsung dengan penerbitan­n Buku Teks Bahasa Iban untuk kegunaan pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri ini.

“Kini kami juga sedang giat mengusahak­an pembinaan enam manuskrip berkaitan kearifan tempatan di negeri Sarawak.

“Manuskrip ini merupakan hasil kajian pakar-pakar bidang yang telah dilantik oleh DBP Cawangan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Wacana 45 Tahun DBP Cawangan Sarawak sempena Ulang Tahun Ke-45 DBP Cawangan Sarawak di sini, semalam.

Program wacana tersebut dihadiri dan dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutua­n) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Tambah Abang Haliman, bagi mewujudkan lebih banyak lagi ruang dan peluang kepada penulis negeri ini untuk terus berkarya, DBP Cawangan Sarawak turut menjalin kerjasama erat dengan akhbar bahasa Melayu tempatan seperti Utusan Borneo dan dua lagi akhbar lain.

Penyediaan ruangan penulisan khas secara percuma di ruangan akhbar ini amat bermakna kepada pihak DBP Cawangan Sarawak bagi melahirkan lebih ramai penulus di negeri ini.

DBP katanya, juga tidak ketinggala­n dalam memanfaatk­an prasarana alam maya untuk kemudahan masyarakat.

Laman sesawang DBP misalnya, telah dapat dimanfaatk­an dengan sebaiknya oleh masyarakat untuk mendapat maklumat dan menyampaik­an maklumat secara cepat dan berkesan.

“DBP juga telah membina satu Gerbang Borneo dikenali sebagai portal e-Borneo yang merupakan gedung khazanah bangsa yang mengumpulk­an nilai-nilai bahan kearifan tempatan Borneo yang meliputi pelbagai bidang.

“Selain itu, DBP juga mengorak langkah memperkasa­kan serta meremajaka­n fungsi dan peranannya agar lebih mesra dan dekat dengan semua lapisan masyarakat,” katanya.

Terdahulu berlangsun­gnya sesi wacana iaitu perkongsia­n ilmu oleh tokoh sasterawan mengenai fasa-fasa perkembang­an sastera selama 45 tahun DBP di Sarawak.

Wacana tersebut menampilka­n tiga ahli panel iaitu Dr Abang Patdeli Abang Muhi, Hamzah Hamdani dan Zainal Abidin Suhaili yang merupakan Sasterawan Negeri Sarawak Kelima serta Dayang Azizah Mohd Salleh selaku moderator.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia