Utusan Borneo (Sarawak)

FSJA jemput Abang Johari ke Majlis Anugerah Kewartawan­an Kenyalang

-

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Persekutua­n Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Kunjungan hormat itu diketuai Presiden FSJA Andy Jong bersama wakil tiga penaja emas Majlis Anugerah Kewartawan­an Kenyalang (KJA) 2022 iaitu Shell, Petronas dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

Tujuannya adalah untuk menjemput Abang Johari menyempurn­akan dan seteruskan menyampaik­an Anugerah Premier Sarawak sempena KJA 2022 yang dijadual pada 9 Disember di Hotel Imperial, Miri.

Andy menerusi kenyataan berkata penyertaan akan dibuka mulai 1 Julai ini untuk penerbitan bermula 1 September 2021 hingga 31 Ogos 2022 dan akan ditutup pada 9 September 2022.

“Pada tahun ini, pihak penganjur (FSJA) mengambil keputusan menggunaka­n kaedah penyertaan menerusi borang dalam talian dan melalui pos terus ke alamat Malaysia Press Institute (MPI).

“Borang dalam talian boleh didapati di laman sesawang MPI mulai 1 Julai ini,” katanya.

Sebanyak 11 kategori kekal dipertandi­ngkan dalam KJA 2022 iaitu Anugerah Kewartawan­an Kesejahter­aan Komuniti, Anugerah Laporan Kelestaria­n, Anugerah Laporan Ekonomi dan Perniagaan, Anugerah Kewartawan­an (Rencana dan Penulisan Berita), Anugerah Laporan Berita, Anugerah Berita Sukan, Anugerah Ekonomi Digital, Anugerah Kewartawan­an Penyiaran, Anugerah Kewartawan­an

Foto, Anugerah Esei Foto serta Anugerah Premier Sarawak yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruha­n bernilai RM250,000.

Semasa kunjungan itu, Abang Johari turut menyampaik­an cek sumbangan berjumlah RM100,000 daripada Kerajaan Sarawak kepada FSJA, selaku penaja utama KJA sejak 2015.

Selain itu, Shell, Petronas dan SEB masing-masing menyumbang RM50,000 bagi anugerah tersebut.

Hadir sama Pengurus Besar Perhubunga­n Kerajaan Shell Jonathan Jolly, Pengurus Hubungan Media Petronas Sarawak Johannes Ridu, Pengurus Besar Komunikasi Korporat SEB Peing Tajang, Timbalan Presiden FSJA dan Penasihat Persatutan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) Jacqueline Radoi David.

 ?? — Gambar Penerangan ?? TERIMA KASIH: Andy (empat kiri) menerima cek berjumlah RM100,000 yang disampaika­n Abang Johari (empat kanan) dan RM50,000 masing-masing daripada Shell, Petronas dan SEB.
— Gambar Penerangan TERIMA KASIH: Andy (empat kiri) menerima cek berjumlah RM100,000 yang disampaika­n Abang Johari (empat kanan) dan RM50,000 masing-masing daripada Shell, Petronas dan SEB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia