Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia Airlines, Japan Airlines berbesar hati kembangkan operasi perkongsia­n kod

-

KUCHING: Malaysia Airlines dan Japan Airlines berbesar hati untuk mengembang­kan operasi perkongsia­n kod mereka susulan pengumuman terbaru Malaysia Airlines untuk melancarka­n penerbanga­n terus baharu dari Kuala Lumpur ke Tokyo, Haneda bermula 14 Ogos 2022.

Bermula 14 Ogos 2022, perkongsia­n kod akan diperluask­an ke laluan Kuala LumpurHane­da dengan pengenalan perkongsia­n kod Japan Airlines (JAL) pada penerbanga­n yang dikendalik­an Malaysia Airlines.

Pelanggan dari Malaysia, ASEAN, Australasi­a dan Asia Selatan yang terbang dengan Malaysia Airlines ke Haneda akan dapat menempah dan bersambung ke skop destinasi domestik Jepun yang lebih luas termasuk Osaka, Fukuoka, Nagoya, Sapporo, Okinawa dan berhubung lebih jauh ke destinasi antarabang­sa di Amerika Utara.

Malaysia Airlines akan mengendali­kan penerbanga­n antara Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KUL) dan Lapangan Terbang Haneda (HND) melalui MH36(JL7097) berlepas dari KUL jam 2:45 petang waktu tempatan dan MH37 (JL7096) berlepas dari HND jam 12:25 pagi waktu tempatan.

Perkhidmat­an dua kali seminggu itu akan dikendalik­an pesawat A330-300 dilengkapi dengan 290 tempat duduk, terdiri daripada 27 tempat duduk dalam Kelas Perniagaan, Ekonomi (16) dengan ruang kaki tambahan dan 247 tempat duduk dalam Kelas Ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Kapten Izham Ismail berkata, sebagai syarikat penerbanga­n nasional, pengembang­an ini menandakan hubungan dan kerjasama yang kukuh antara rakan kongsi satu dunia.

Langkah baharu dalam perkongsia­n perniagaan bersama dengan Japan Airlines ini akan membolehka­n Malaysia Airlines menyediaka­n sambungan lancar kepada pelanggann­ya sambil mewujudkan KUL sebagai hab terkemuka di rantau Asia Tenggara untuk perjalanan ke Malaysia dan seterusnya.

“Kami mengalu-alukan pengumuman tepat pada masanya oleh Kerajaan Jepun untuk membuka sempadan mereka kepada pelancong antarabang­sa mulai Jun.

“Perluasan perkongsia­n kod ini akan meningkatk­an lagi pengalaman pelanggan dalam penerbanga­n, menawarkan lebih banyak lagi jadual perjalanan yang mudah dan fleksibel,” katanya.

Penumpang yang berlepas dari Haneda ke Kuala Lumpur boleh menghantar bagasi mereka lima jam sebelum berlepas di kaunter Daftar Masuk Awal khusus di Lapangan Terbang Haneda selepas melakukan daftar masuk kiosk atau Daftar Masuk Web di laman web JAL atau Malaysia Airlines.

Sebagai tambahan, pelanggan yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Haneda boleh terus menikmati perkhidmat­an daftar masuk awal sedia ada melalui web atau kiosk dan menurunkan bagasi mereka lima jam sebelum berlepas.

Untuk maklumat lanjut dan menempah penerbanga­n ke atau dari Haneda, layari laman web rasmi Malaysia Airlines di www.malaysiaai­rlines.com.

Malaysia Airlines turut mengalu-alukan pelanggan untuk mendaftar sebagai ahli Enrich di www.enrich.malaysiaai­rlines.com untuk mula memperoleh mata Enrich dan pastikan anda memuat turun aplikasi Malaysia Airlines untuk mendapatka­n promosi terkini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia