Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas jalan balak di Telang Usan akan dinaik taraf

-

MIRI: Beberapa laluan bekas jalan balak di DUN Telang Usan akan dinaik taraf untuk memberi jaringan perhubunga­n darat lebih baik kepada penduduk di pedalaman.

Antaranya, kerja-kerja menaik taraf jalan sepanjang lebih 19 kilometer (km) di empat laluan yang melibatkan kos lebih RM70 juta.

Timbalan Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan (Pembanguna­n Infrastruk­tur) Aidel Lariwoo berkata, projek akan dilaksanak­an Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Kita menjangka status terkini sekarang dalam proses reka bentuk dan JKR dapat memanggil tender projek ini pada hujung tahun ini.

“Ini satu projek yang begitu penting di kawasan Telang Usan untuk menghubung­kan dengan lebih baik lagi jalan masuk di kawasan ini,” jelas beliau di sini, semalam.

Aidel memberitah­u, untuk projek itu JKR akan membina laluan berstandar­d R1 selebar lima meter.

Ia melibatkan skop pembinaan ‘spur road’ sepanjang 3.25km ke Ba’ Abang, 1km ke Long Lellang dan 6.7km ke Ba Muboi dan 8.66km ke Long Tungan dari laluan utama.

Turut dikenal pasti akan dinaik taraf ialah laluan di kawasan DUN Mulu yang akan dikemukaka­n kepada pihak kerajaan negeri.

Mengenai jambatan Tutoh di Long Seridan Aidel memberitah­u, projek masih dalam proses reka bentuk untuk membina semula jambatan sepanjang 100 meter itu.

“Sekarang dalam proses reka bentuk dan dijangka dilaksanak­an tidak lama lagi dalam tahun ini,” jelasnya.

Beliau yang ditemani ADUN Telang Usan Dennis Ngau turut melawat tapak stesen pertanian Long Lama.

Menurut Aidel, projek dijangka siap pada April tahun depan.

Beliau menambah, di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, banyak koridor pembanguna­n baharu telah direalisas­ikan merangkumi zon utara, tengah dan selatan.

Penubuhan koridor pembanguna­n jelasnya, dapat merancakka­n lagi pembanguna­n di semua kawasan di Sarawak termasuk di hulu, tengah dan pesisir pantai.

“Saya percaya dengan adanya HDA (Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi) di kawasan ini dapat mempercepa­tkan lagi idea-idea untuk membangunk­an kawasan ini dengan lebih fokus dan tumpuan,” katanya.

Menurutnya, jumlah projek pembanguna­n di negeri ini adalah yang terbanyak berbanding negeri lain.

 ?? ?? TURUN PADANG: (Dari empat kiri) Aidel, Dennis dan rombongan bergambar di jalan masuk (jalan balak) ke Long Lellang.
TURUN PADANG: (Dari empat kiri) Aidel, Dennis dan rombongan bergambar di jalan masuk (jalan balak) ke Long Lellang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia