Utusan Borneo (Sarawak)

Unit Lebuh Raya Pan Borneo digesa segera atasi masalah kesesakan

-

MIRI: Menteri Pengangkut­an Dato Sri Lee Kim Shin menggesa Unit Lebuh Raya Pan Borneo di sini memberi keutamaan menyelesai­kan masalah kesesakan lalu lintas di persimpang­an Lapangan Terbang Miri dan Taman Tunku.

Lee yang kini berada di luar negara bagi urusan rasmi telah menghubung­i unit terbabit bagi meminta kontrator yang dipertangg­ungjawabka­n untuk bekerja lebih masa menyelesai­kan kerja-kerja di kawasan tersebut secepat mungkin.

Sementara itu, unit tersebut dalam satu kenyataan media semalam memberitah­u, kesesakan yang berlaku berikutan kerja-kerja pelebaran dan penurapan jalan untuk menyiapkan jalan susur di bawah persimpang­an jejambat Lapangan Terbang Miri.

“Kami ingin memaklumka­n bahawa kesesakan lalu lintas adalah di FT1 (Jalan Miri-Bintulu) di bawah Lapangan Terbang Miri Interchang­e

(yang baru dibuka pada 20 Jun).

“Ia berikutan kerja-kerja pelebaran dan penurapan yang dilaksanak­an bagi menyiapkan jalan susur berlaku di kawasan berkenaan.

“Justeru, bagi memberi laluan melaksanak­an kerjakerja tersebut, penutupan salah satu lorong sedia ada menyebabka­n kesesakan lalu lintas,” jelasnya.

Kontraktor yang dipertangg­ungjawabka­n dijangka menyiapkan kerja-kerja pelebaran jalan dari bandar raya Miri menuju ke Taman Tunku pada Sabtu ini.

Manakala kerja-kerja yang sama dari Taman Tunku menuju ke bandar raya Miri pula dijangka siap pada 1 Julai ini.

“Bagaimanap­un, ingin pihak kami tekankan bahawa sebaik sahaja kerja-kerja pelebaran dan penurapan jalan susur berkenaan siap sepenuhnya, aliran trafik akan kembali dalam keadaan biasa dengan dua lorong dibuka semula,” tambah kenyataan itu.

 ?? ?? SEDANG DILAKSANA: Kerja-kerja pelebaran jalan bagi menyelesai­kan jalan susur di bawah persimpang­an jejambat Lapangan Terbang Miri.
SEDANG DILAKSANA: Kerja-kerja pelebaran jalan bagi menyelesai­kan jalan susur di bawah persimpang­an jejambat Lapangan Terbang Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia