Utusan Borneo (Sarawak)

Agensi Pembanguna­n Bersepadu Betong adakan mesyuarat pertama

-

KUCHING: Agensi Pembanguna­n Bersepadu Betong (BIDA) yang diumumkan penubuhann­ya baru-baru ini mengadakan mesyuarat pertamanya di sini, semalam.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mempengeru­sikan mesyuarat itu di mana beliau turut dicadangka­n sebagai pengerusin­ya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar dan Saribas Dato Gerald Rentap Jabu dan Mohammad Razi Sitam masing-masing yang hadir dicadangka­n sebagai timbalan pengerusin­ya.

Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat dan Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Rohani Abdul Karim turut menghadiri mesyuarat itu.

Menurut Uggah, BIDA kini meliputi DUN Layar, Bukit Saban, Saribas, Beting Maro, sebahagian daripada DUN Lingga, Kalaka dan Krian.

Beliau berkata semua wakil rakyat terbabit merakam penghargaa­n kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas keputusann­ya menubuhkan BIDA.

“Kami amat yakin kawasan BIDA akan mengalami pembanguna­n ekonomi sosial yang pesat termasuk pembanguna­n infrastruk­tur tidak lama lagi,” katanya.

Penubuhan BIDA, salah satu daripada dua agensi baharu, diumumkan Abang Johari ketika merasmikan penutupan persidanga­n perwakilan tiga tahun sekali Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini.

Agensi lain yang diumumkann­ya ialah Agensi Pembanguna­n Delta Rajang.

Dengan kedua-duanya, Sarawak kini mempunyai lapan agensi pembanguna­n sedemikian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia